Siapa tidak kenal Nasi beriani yang berasal dari perkataan Parsi 'baria' bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatak...

Siapa tidak kenal Nasi beriani yang berasal dari perkataan Parsi 'baria' bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa di India oleh kerajaan Mogul.

Nasi Beriani Gam Batu Pahat Asli , juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor

Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan, majlis keraian atau majlis kenduri-kendara. makanan ini amat popular di Malaysia.

read more : http://www.panduankini.com/2016/11/21/panduan-resepi-nasi-beriyani-gam-batu-pahat-asli/

Samsung berharap untuk melaksanakan teknologi baru yang akan menyelamatkan nyawa pemandu yang mendapat tidak sabar apabila mereka terperangk...

Samsung berharap untuk melaksanakan teknologi baru yang akan menyelamatkan nyawa pemandu yang mendapat tidak sabar apabila mereka terperangkap di belakang trak semi-treler di lebuh raya tunggal lorong atau jalan raya,

Lori Keselamatan versi SAMSUNG teknologi pertama di DUNIA


Syarikat Korea mahu melancarkan garis 'Lori Keselamatan' selepas inspirasi untuk mengurangkan jumlah tinggi kemalangan jalan raya di Argentina yang berlaku di jalan-jalan satu lorong di memotong situasi.

Trak baru akan menggunakan kamera, video wayarles dan skrin paparan yang besar untuk membolehkan pemandu untuk melihat apa yang turun tombak ke arah mereka tanpa perlu mengambil risiko menarik diri ke dalam bahaya.

Kenderaan keselamatan akan mempunyai kamera wayarles melekat pada bidang mereka untuk menguasai jalan raya akan datang.

Imej-imej dari kamera akan disiarkan kepada dinding video diperbuat daripada empat monitor video yang terletak di belakang lori.

Kenderaan keselamatan akan mempunyai kamera wayarles melekat pada bidang mereka untuk menguasai jalan raya atau jalan di hadapan

Isyarat akan muncul pada monitor untuk 'memberi pemandu di belakang trak pemandangan apa yang sedang berlaku di depan'

Mereka monitor akan 'memberi pemandu di belakang trak pemandangan apa yang sedang berlaku di hadapan, walaupun dalam gelap malam,' menurut syarikat itu.
Samsung diuji prototaip trak dengan pelanggan perniagaan-ke-perniagaan, tetapi model ujian itu tidak lagi beroperasi.

Syarikat itu berkata ia mengesahkan  teknologi ini memboleh nyawa  diselamatkan.
'Langkah seterusnya adalah untuk melakukan ujian yang sama untuk mematuhi protokol negara yang sedia ada dan mendapatkan permit dan kelulusan yang diperlukan, "menurut syarikat itu.

'Untuk ini, Samsung sedang berusaha bersama-sama dengan NGO  dan kerajaan untuk pemanduan secara selamat'

Di Argentina, hampir satu orang mati dalam kemalangan kereta setiap jam.

TAOTAUAJER - Sebelum ini, tindakan pengacara televisyen paling popular 2014, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan pengurusnya Shawn Ame...

TAOTAUAJER - Sebelum ini, tindakan pengacara televisyen paling popular 2014, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan pengurusnya Shawn Amer sewaktu diumumkan sebagai pemenang di ABPBH telah menjadi viral di media sosial.


Tindakan Neelofa dilihat oleh ramai pihak sebagai sesuatu yang patut dilakukan dan mereka memuji sikapnya itu. Namun ada juga yang mengeji dan menganggap Neelofa menunjuk alim. Melalui Harian Metro, wanita itu memberitahu dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian umum:

Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula. Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu.

Tambah Neelofa, dia belajar dari kesilapan sewaktu Anugerah MeleTop, baru-baru ini:
Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa Neelofa bersalaman pula dengan pengarah telefilem popular Michael Ang, namun Neelofa mmengakui mungkin terdapat kecuaian di pihaknya:
Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang.


Aksi Neelofa tolak bersalaman dengan lelaki di ABPBH semalam :)
Aksi Neelofa tolak bersalaman dengan lelaki di ABPBH semalam :)


Okaylah tu sebagai permulaan, ya tak? Sekarang satu Malaysia tahu Neelofa tidak mahu bersalaman dengan bukan mahram dan mereka pastinya tidak akan menghulurkan tangan lagi untuk bersalam dengannya. Bersama kita semua memperbaiki diri kita selepas ini, Insha-Allah.  


TAOTAUAJER - Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jau...

TAOTAUAJER - Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.


Tun Dr Mahathir Mohamad....

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.

Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.


TAOTAUAJER - Lembah gunung Quebrada de Humahuaca, di wilayah Jujuy, di barat laut Argentina, adalah rumah kepada beberapa geologi menarik. ...

TAOTAUAJER - Lembah gunung Quebrada de Humahuaca, di wilayah Jujuy, di barat laut Argentina, adalah rumah kepada beberapa geologi menarik. The Hill of Seven Colors dan Palette Painter dalam MaimarĂ¡ terkenal. Terletak hanya 25 km dari Humahuaca, di sepanjang jalan tidak berturap yang digred, pergunungan ini pastinya mesti dikunjungi bagi sesiapa yang melawat Argentina.




TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir ...

TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir semua kedai handphone di kawasan mereka tidak menjual kad prabayar tambah nilai. Kenapa?


Nak tahu kenapa ? cari jawapannya dari gambar di bawah ini:


Sebelum ini, menteri di jabatan perdana menteri ada mengatakan bahawa harga top up kekal. Namun, lain pula yang berlaku sekarang.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka kepada menteri berkenaan. Apa-apapun, teruskan menikmati hidup anda dan ingatlah ada kuasa di atas dari yang teratas.

TAOTAUAJER - Kepada sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor ...

TAOTAUAJER - Kepada sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor yang boleh dihidupkan kembali dalam filem ini.


Paul Walker yang memegang watak sebagai Brian O’Connor dalam filem Fast & Furious telah meninggal dunia pada akhir tahun 2013 setelah terlibat dalam satu kemalangan maut.

Kematian Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast & Furious 7  masih dalam penggambaran.

Pihak Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari sebuah blog [Disini], untuk menjadikan filem ini “real” dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast & Furious 7 ini.


Proses mengklon watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker digunakan untuk pandangan mata.

Teknologi canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang tepat. Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal.

Untuk penjelasan secara visual anda semua boleh saksikan video dibawah ini...


Penjelasan bagaimana team Furious 7 berjaya "hidupkan" kembali Paul Walker untuk 'One Last Ride'.
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 5 April 2015


TAOTAUAJER - Empat puluh lapan  pengamal kung fu dari Temple yang terkenal di dunia Shaolin China telah diambil bekerja sebagai anggota p...

TAOTAUAJER - Empat puluh lapan  pengamal kung fu dari Temple yang terkenal di dunia Shaolin China telah diambil bekerja sebagai anggota polis khas di Provinsi Guizhou, barat daya China.


Mereka akan mengambil bahagian dalam pertandingan kemahiran ketenteraan dengan menunjukkan seni mempertahankan diri pada bulan Oktober tahun ini. Gambar, diambil pada 30 Mei 2014 menunjukkan pengamal Shaolin Kung Fu bergambar kumpulan memakai pakaian seragam polis selepas mereka telah diambil sebagai khas pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dalam Buyi dan Miao wilayah autonomi Qiannan di wilayah Guizhou di barat daya China.


TAOTAUAJER : WOahh... macam nie memang pencuri teruk la kena belasa dan memang tak boleh lari la , kalau setakat berlawan memang sayur la penjenayah...

TAOTAUAJER - Pemilik Gambar yang menjadi Viral di media sosial merayu pada semua pelayar media sosial supaya memadam gambar IC identiti nya...

TAOTAUAJER - Pemilik Gambar yang menjadi Viral di media sosial merayu pada semua pelayar media sosial supaya memadam gambar IC identiti nya daripada tersebar luas di media sosial.


Wanita yang di kenali dengan nama Puteri Nur iaitu seorang lelaki khunsa membuat satu rakaman video di laman sosial merayu dan terpaksa menangung malu akibat IC disebar Oleh orang yang tidak bertanggung jawab.hafizal 27 tahun memohon kepada pengguna media sosial terutamanya facebook agar tidak menyebarkan IC sebagai kad pengenalannya itu di laman sosial.

menelusuri rekaman video yang dibuatnya hafizal merayu pada semua orang agar tidak menyebarkan kad pengenalannya yang telah menyebabkan beliau menanggung malu serta mencemarkan maruahnya.beliau juga mengatakan bahwa dirinya kehilangan arah sejak gambar dalam kad pengenalannya itu tersebar.


rata-rata individu menaruh rasa simpati terhadap hafizal 27 tahun yang telah menjadi mangsa keadaan oleh orang yang kurang bersimpati di dalam komen video tersebut.

pun begitu tidak kalah jugak ramainya yang tersalah paham dengan video tersebut yang menyebabkan kekecohan pertikaman lidah sehingga terkeluar kata kata kesat.

Beliau merayu mengapa semua orang mengabaikan dirinya disebabkan dirinya, beliau tidak membuat apa-apa kesalahan terhadap sesiapa pun, itu sebab rayuaan dan keluhan dibuat oleh beliau.


tolong jgn sebarkan ic saya...
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 5 April 2015


luahan dalam video :   

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.” ujarnya di dalam rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu.

Beliau turut meminta maaf sekiranya ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak sambil mengesa agar mereka menghentikan perbutaan tersebut.

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat.

“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

TAOTAUAJER - Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II yang bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilio...

TAOTAUAJER - Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II yang bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilion) akan dilengkapi topi keledar terkini berharga AS$400,000 (RM1.46 juta).


Topi keledar baharu itu akan membolehkan juruterbang melihat 360 darjah sekeliling pesawatnya melalui enam kamera inframerah yang dipasang sekitar badan jet pejuang tersebut.

Maklumat lain yang diperlukan untuk sesebuah misi seperti kelajuan, altitud dan sistem-sistem amaran juga akan dipaparkan terus kepada juruterbang melalui topi keledar tersebut.

“Apabila topi keledar itu dilaraskan kepada mata juruterbang, kita seolah-olah masuk ke dalam dunia lain dengan pelbagai maklumat disalurkan secara terus. Anda boleh melihat dunia melalui ‘mata-mata’ pada jet tersebut,” kata juruterbang ujian syarikat Lockhead Martin, Al Norman kepada akhbar Washington Post baru-baru ini.

Syarikat tersebut merupakan kontraktor utama untuk pengeluaran jet pejuang F-35. Pembangunan topi keledar canggih itu menghadapi banyak masalah sebelum ini sementara kos penyelidikannya dilaporkan telah menelan berjuta-juta dolar, lebih daripada peruntukan asal.

Jet pejuang F-35 Lightning II merupakan sistem senjata paling kompleks pernah dihasilkan Lockhead Martin dan akan terus dibangunkan dalam tempoh 50 tahun akan datang dengan anggaran kos AS$1.5 trilion (RM5.49 trilion). 

SAKSIKAN VIDEO INI




TAOTAUAJER - Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast ...

TAOTAUAJER - Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast & Furious 7 terus menjadi topik perbualan ramai khususnya peminat filem ini.


Antara yang hebat diperkatakan adalah penampilan Paul Walker di dalam filem terakhir lakonan aktor tersebut sebelum meninggal dunia dalam kemalangan pada November 2013. Ketika itu Paul baru sahaja dua bulan berada di lokasi namun filem ini masih mampu dihabiskan.

Sebenarnya proses menghidupkan semula Paul Walker telah melibatkan beberapa pelakon pengganti. Antara yang terlibat adalah dua orang adiknya, Caleb Walker untuk meniru gerak tubuh Paul, manakala Cody Walker untuk mendapatkan renungan dan bentuk muka Paul.

Tidak cukup dengan itu, terdapat dua lagi orang yang diminta untuk menjadikan Brian O’Connor masih lagi ada dan tidak meninggalkan kumpulan yang menggilakan dunia automobil dan permotoran itu. Teknik CGI turut membantu merealisasikan Fast Furious 7 dengan kehadiran Brian O'Connor.


Dalam pada itu, filem berkisarkan dunia automobile yang juga mengikuti trend semasa permotoran dunia ini juga menampilkan Vin Diesel yang bertindak sebagai penggerak utama kepada kumpulan ini.

Difahamkan untuk filem ketujuh ini sahaja sebanyak 230 buah kereta telah musnah atau tidak boleh diselamatkan lagi. Ia lebih banyak khabarnya daripada siri sebelumnya diaman mereka telah menghancurkan sebanyak 25 kereta setiap hari penggambaran.

Namun tidak dinyatakan pula jumlah yang terpaksa ditanggung pembikin filem ini mengenai kos mereka untuk memusnahkan sebanyak 230 buah kereta demi menjayakan filem ini.

Vin Diesel dalam sebuah temuramah berkata bahawa dia berharap filem ini akan tercalon untuk kategori Filem Terbaik atau Best Picture di Oscars akan datang. Tetapi jika ia tidak berlaku, Fast & Furious & pasti akan menjadi filem yang paling mengharukan untuk cerita bergenre aksi sebegini. 


TAOTAUAJER - MALANG tidak berbau.. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesa...

TAOTAUAJER - MALANG tidak berbau.. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.


Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.


Rata-rata menzahirkan rasa simpati namun pada masa sama ada yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Saksikan pula Video rakaman kejadian Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City di bawah ini..

VIDEO RAKAMAN Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City.Tadi Admin ada siarkan gambar anak...
Posted by TAOTAUAJER on Friday, 3 April 2015

TAOTAUAJER : Apa-apa pun, perkara telah pun berlaku dan semoga insiden ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat para ibu bapa dalam menjaga anak-anak di mana jua anda berada.


TAOTAUAJER - Salah satu tempat yang terbaik di rumah mestilah di bilik tidur. Tidur, membaca, makan, banyak benda yang kita suka lakukan di...

TAOTAUAJER - Salah satu tempat yang terbaik di rumah mestilah di bilik tidur. Tidur, membaca, makan, banyak benda yang kita suka lakukan di situ. Namun, kita tidak tahu bahawa mungkin ada makhluk-makhluk kecil yang hidup atas katil bersama kita.


Kita mungkin tidak melihatnya tetapi sebahagian daripada makhluk ini boleh membahayakan kita, malah boleh menyebabkan kematian juga.

Video di bawah boleh memberikan beberapa maklumat tentang makhluk-makhluk tersebut.

10 Haiwan Merbahaya Ini Mungkin Tidur Bersama Anda Tanpa Sedar. Jangan ambik mudah, sebab haiwan2 ni boleh datangkan penyakit merbahaya dan menyebabkan kematian manusia. Jom tengok.
Posted by TAOTAUAJER on Tuesday, 31 March 2015

Haiwan-haiwan ini boleh menyebabkan bahaya besar kepada manusia. Mereka mungkin dalam bilangan kecil tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kematian.

Antaranya ialah Pepijat katil dan kutu yang hidup dengan menghisap darah manusia. Mereka boleh menyebabkan anemia (kurang darah). Hama habuk pula boleh menyebabkan asma dan alahan.

E.Coli dan MRSA adalah antara yang paling berbahaya. E.Coli boleh menyerang buah pinggang serta otak dan MRSA boleh menyebabkan jangkitan kulit dan juga lain-lain jenis pelbagai jangkitan yang boleh mengakibatkan kematian.

TAOTAUAJER : Cara terbaik untuk mengelakkan haiwan ini adalah dengan membersihkan tempat tidur anda. Pastikan kebersihan sentiasa terjaga setiap hari supaya anda boleh tidur dengan nyenyak. Selain itu, salah satu daripada sunnah nabi dimana kibaskan tempat tidur sebanyak 3 kali ke kanan ke kiri.