TAOTAUAJER - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia serta Air Asia bukan pihak yang patut...
SERIUS! - TUN. MAHATHIR Pulak Mengeluarkan Teori Kehilangan Pesawat MH370
TAOTAUAJER - Pastinya anda semua sudah baca al kisah Pendedahan MISTERI Lokasi Pesawat MH370 Setelah 2 Penumpang Askar Ukraine yang ditul...
PEMBONGKARAN! - Bukti Teori Konspirasi MH370 Sharifah Sofea Adalah PALSU!!!
Paparan yang dikatakan dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand sebenarnya adalah paparan radar maritim dimana bagi anda yang tidak pernah tahu memang akan percaya seratus peratus. Tetapi tidak bagi dikalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.

Bukti yang disertakan di dalam posting penulis konspirasi ini adalah gambar yang didakwa radar tentera di Turkmenistan yang berjaya mengesan MH370 ketika di kawasan udara Singapura ketika menuju ke Ukrain.

Ini gambar asal yang telah diambil...
Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:




Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat


Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.
4. Paparan Foto X-ray Satelit adalah paparan Nightvision dan bukan pesawat komersil
Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.

Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.

Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.
Tidak yakin.
Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370


.jpg)
Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.
Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.
Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.
Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.
Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.
Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.

Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.

Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.
5. ELT bukanlah Suar Api
Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?
Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.
Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya...kerana ia adalah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.
Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.
Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....
KESIMPULAN
kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.
Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.
Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.
Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.
Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.
Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.
TAOTAUAJER - Selamat tahun baru tao ucapkan kepada semua dan lembaran baru .. Pasti anda masih terfikir kemanalah hilangnya pesawat MH370 ...
PEMBONGKARAN! - Pendedahan MISTERI Lokasi Pesawat MH370 Setelah 2 Penumpang Askar Ukraine
Anda tahu siapa orang di tepi ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)Menurut intelligence russia pesawat MH 370 telah landing banyak tempat, mana yg mati dulu dibuang di tempat mereka singgah seperti Kyrgyzstan Georgia dan Ukraine dan selebihnya.mati di kem tentera udara bawah tanah, Ukraine.
Mayat-mayat penumpang MH 370 yg telah mati dan reput berserta bukti forensik mangsa pesawat MH 370 berjaya dijumpai dan diperolehi sebagai bukti oleh FSB Russia.
Al-Fatihah dan ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yg beragama Islam dan yg bukan beragama Islam. Doakan agar mereka tergolong dlm mati syahid dan ditempatkan berada bersama org-org yg beriman dan bertaqwa. Kpd semua keluarga mangsa MH 370 bersabarlah banyak-banyak, sesungguhnya doa keluarga mangsa yg dizalimi tidak terhalang dan terus diangkat doa tersebut. Amerika dan Yahudi serta yg terlibat secara senyap pasti akan menerima pembalasan dari Allah s.w.t samaada di dunia mahupun di akhirat kelak.
FAKTA (2) Kenapa Tentera Udara Malaysia mengatakan dapat mengesan pesawat berpatah balik ke Malaysia tetapi tidak mengarahkan utk memintas pesawat tersebut dgn alasan pesawat tersebut tidak menunjukkan atau mendatangkan apa-apa " bahaya " kpd negara dan menggunakan laluan komersial. Pakar-pakar dlm dan luar negara mengatakan jika pihak tentera udara malaysia cepat bertindak dan memintas pesawat tersebut mungkin pesawat MH370 berjaya diselamatkan
FAKTA (3) Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, Bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik. Ini berdasarkan fakta bahawa alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) tidak memberi apa-apa isyarat meskipun transponder dimatikan. ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah
FAKTA (4) Pakar siasatan forensik telah mengesahkan bahawa data audio rakaman penerbangan milik pesawat MH 370 telah diubah suai dengan sengaja oleh seseorang bagi mengelak kejadian sebenarnya apa yang berlaku di dalam pesawat tersebut.
Okey ni faktanya audio MH370 dari penyiasat: Pihak penganalisis menemui empat " jarak kosong " yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio. Pada minit ke 1: 14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan microfon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal. Penyiasat dan penganalisis diketuai oleh Ed Primeau dan Kent Gibson
FAKTA (5): MH 370 tidak terhempas dilaut China Selatan mahupun Lautan Hindi. Ini kerana sehingga kini tiada satu petanda ada petunjuk yg boleh mengaitkannya dgn pesawat tersebut.
Enjin pesawat MH370 merupakan komponen paling lasak dan sukar musnah walaupun terbakar mahupun meletop. Berat enjin pesawat Boieng 777-200ER (MH370) adalah lebih dari 35 tan. Jika terdampar di dasar laut sekalipun komponen itu tidak akan pecah berderai seperti objek lain kerana logam yang digunakan sangat berkualiti tinggi malah jika benar ianya terhempas di selatan lautan hindi masih lagi boleh dijumpai selama sebulan atau lebih...
FAKTA (6) Segala bukti-bukti yg dikemukakan di atas confirm pesawat MH 370 tidak u-turn ke koridor selatan mahupun terhempas di lautan hindi ke Australia india ocean.
(7) Hanya pilot jet fighter tentera sahaja yang dilatih untuk terbang di bawah 5000kaki cobra style utk elak dikesan oleh mana-mana radar. Pilot awam tak pandai buat seperti ini, maknanya bukan Kapten Zaharie yg cuba sabotaj MH 370 dan bawanya sehingga ke Ukraine
(8) Sungguh pelik atas dasar apa pencarian MH 370 di indian ocean harus diteruskan tanpa asas bukti teknikal...? Ianya sebenarnya satu pembaziran wang yg berjuta dan cuba mengalih perhatian dunia yg sebenarnya pesawat MH 370 tidak berakhir ataupun terhempas di lautan hindi sebaliknya berada di bawah tanah kem udara Sevastopol Ukraine.
Di bawah Ini surat sulit original yang berjaya dicuri di pejabat PBB. Surat sulit Australia talibarut USA berpakat hapuskan semua bukti satellite radar dan forensic kemalangan MH17.
Yang sebenarnya satu lagi surat tentang MH 370 berjaya di curi juga tapi sayang 1000 kali sayang Sharifah Sofia Syed Rashid terhilang surat tersebut yg mana dlm kandungan tersebut ada menyebut perancangan untuk menghijacked pesawat MH 370 pada tarikh 08/03/14.
Cukuplah bukti ini yang berjaya dibongkarkan oleh FSB Russia sekaligus mengcheckmate Amerika dan sekutu-sekutunya. Kita tunggu jer lagi pembongkaran kerja jahat dajjal ni. Takbir....... Allahuakbar !!!
TAOTAUAJER - Satu pendedahan yang agak memberanjatkan apabila dikatakan kesemua anak kapal dan penumpang MH370 akan di bebaskan sebelum ram...
BIAR BETUL! - PENUMPANG MH370 AKAN DIBEBASKAN SEBELUM RAMADHAN ?
TAOTAUAJER - Sehingga kini telah 2 bulan trajedi MH370 dan sehingga sekarang masih belum bukti yang kukuh akan kehilangan pesawat tersebut ...
TAUTAK? - TRAGEDI MH370, Kos Mencari Cecah RM180 Juta
TAOTAUAJER - Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej s...
KISAH ANEH! - Philip Wood Penumpang Yang Menghantar Mesej Secara Rahsia Lokasi MH370 Disorokkan
TAOTAUAJER : Pelik jugakkan... hasil daripada bukti nie menyatakan ia diambil pada 18 March dan pula berada di lokasi Diego Garcia, yang pelik nyer lagi Philip Wood pulak antara penumpang di dalam pesawat tersebut. Sekirannya pesawat tersebut terhempas, masakah dia boeh mengupload gambar tersebut? Apakah ini satu agenda dari sesuatu pihak yang ingin menjatuhkan Malaysia? Adoyai Pening - pening.. sungguh misteri - TRAGEDI MH370






















Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances