Showing posts with label Kejadian Alam. Show all posts

TAOTAUAJER - Penduduk daerah Muar gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibra...

TAOTAUAJER - Penduduk daerah Muar gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim di sini, tengah hari  18 NOV 2014.


Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut.

Ia berlaku dipercayai disebabkan peralihan air sungai dan campuran air hujan di sungai berkenaan. Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram seorang.

Saksikan gambar -gambar dibawah ini...


Kebanyakan pengunjung yang hadir akan membawa jaring atau sanggup membeli jaring baru kerana tidak mahu melepaskan peluang menjaring 'ikan mabuk' di sungai itu.
sumber: MyMetro

TAOTAUAJER :  Kalau korang nak tau kejadian ikan mabuk seperti ini bukan pertama kali berlaku di negara ini, sebelum ini kejadian sama berlaku di Tambisan Sabah dan juga di Parit Buntar.


TAOTAUAJER - Dalam kehidupan ini pernahtak korang terfikir mengapakah morang dilahirkan sebagai seorang lelaki ataupun perempuan? siapakah ...

TAOTAUAJER - Dalam kehidupan ini pernahtak korang terfikir mengapakah morang dilahirkan sebagai seorang lelaki ataupun perempuan? siapakah yang menentukan jantina kita sewaktu di dalam rahim apakah proses penentuan jantina ditentukan oleh benih bapa ataupun ibu?


Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma.

Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma.
Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.

Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani.

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.

Kromosom Y dan XX

Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantumdengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki.

Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakankejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….

Assalammualaikum,lihatlah kejadian manusia di alam RAHIM,sebelum kelahiran ke alam DUNIA,hebatnya ciptaan...
Posted by TAOTAUAJER on Friday, 23 January 2015


TAOTAUAJER - Gambar berikut ini adalah gambar yang diambil oleh beberapa satelit Wahana Luar Angkasa Amerika Syarikat, NASA, tepat diatas B...

TAOTAUAJER - Gambar berikut ini adalah gambar yang diambil oleh beberapa satelit Wahana Luar Angkasa Amerika Syarikat, NASA, tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah.  Nampak lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap ...

Bahagian atas eropah barat, boleh nampak pulau UK dan Ireland.. bawah afrika nampak morocco

Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi.

Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.


Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena "bercampurnya" antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya. Fenomena yang membuat kagum para saintis. Dan tidak ada bahasa yang sesuai untuk menggambarkan fenomena unik ini kecuali firman Allah Ta'ala:

ذلك بأن الله يولج الليل في النهار ويولج النهار في الليل وأن الله سميع بصير * ذلك بأن الله هو الحق وأن ما يدعون من دونه هو الباطل وأن الله هو العلي الكبير

"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasannya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Tuhan) Yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil , dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ". [QS. Al Hajj ayat 61-62] Subhana_Llah ...

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang garis pemisah ini:

Yang bermaksud: ‘dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar’. (Surah Al-Baqarah ayat 187)

TAOTAUAJER : Subhanallah, setiap kejadian di-alam ini adalah dengan Ketetapan dan Kehendak Allah belaka, ianya sesuatu yang amat menakjubkan bagi kita hamba hambaNya, yang serba kekurangan serta ilmu yang hanya sedikit...............Wallahua'lam.


TAOTAUAJER - Apa saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisa...

TAOTAUAJER - Apa saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.


Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.


Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.


Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.
Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun.



Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah dongeng atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung.

Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau fenomena ajaib ini hanya berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai. Secara saintifiknya, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak. Dan ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari. Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya. Selain itu, fenomena ini adalah antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.


TAOTAUAJER - Sempadan laut di perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung ...

TAOTAUAJER - Sempadan laut di perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung mewujudkan seolah-olah ia tidak bercampur di tengah laut di teluk Alaska. Terdapat buih-buih yang terhasil dari pertembungan air itu.


Ini adalah satu contoh Halocline, yang disebabkan oleh kecerunan yang kukuh, dimana tahap kemasinan menegak dalam badan air. Walaubagaimanapun, beberapa orang telah mengulas bahawa Halocline adalah lebih daripada fenomena mendatar dan ini berorientasikan yang lebih menegak.


Apa yang anda lihat adalah hasil daripada glasier lebur yang terdiri daripada air tawar dan laut yang mempunyai peratusan garam yang lebih tinggi menyebabkan kedua-dua badan-badan air mempunyai ketumpatan yang berbeza dan dengan itu membuatkannya lebih sukar untuk bercampur. Pada akhirnya ia akan bercampur dalam masa yang cukupi. Bagaimanapun, penggabungan lautan adalah salah satu peristiwa alam semula jadi yang sangat hebat.


Sama- sama kita saksikan rakaman video keajaiban teluk alaska dimana pertembungan dua lautan yang tidak bercampur di bawah ini..


TAOTAUAJER : "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Qur'an, Al Furqan:53)

TAOTAUAJER - Pada pertengahan bulan yang lalu, kita telah di sapa dengan satu fenomena yang aneh iaitu ' Bulan Berdarah' dan sehing...

TAOTAUAJER - Pada pertengahan bulan yang lalu, kita telah di sapa dengan satu fenomena yang aneh iaitu ' Bulan Berdarah' dan sehinggakan ada yang mengatakan ia salah satunya fenomena petanda kiamat.


Fenomena gerhana bulan merah atau "Blood Moon" yang menarik ini terjadi kerana ia berlangsung dalam masa yang sama semasa planet bumi berputar pada posisi yang paling hampir dengan planet Marikh.

Ianya bukan petanda kiamat tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015.

Bagi yang terlepas menyaksikan Fenomena indah ini sama-sama kita saksikan gambar indah fenomena ini diambil dari seluruh dunia yang berlaku pada lewat Isnin dan awal selasa yang berlangsung selama 3 jam 50 minit.


TAOTAUAJER : Subhanallah, sungguh indah sekali. Keindahan yang jarang-jarang berlaku akan datang fenomena ini akan dijangkakan muncul kembali pada 8 Oktober 2014, save the date dan sama-sama kita saksikannya sekali lagi sekiranya berkesempatan Insyaallah. Selain daripada Fenomena bulan berdarah kita juga pernah di saksikan dengan fenomena blue moon yang hanya berlaku 3 tahun sekali jer...


TAOTAUAJER - Jangan terkejut sekiranya pada 29 Mac nanti korang akan tiada bayang, sepertimana taotauajer diberitahu beberapa kawasan di se...

TAOTAUAJER - Jangan terkejut sekiranya pada 29 Mac nanti korang akan tiada bayang, sepertimana taotauajer diberitahu beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di ibu negara berpeluang mengalami fenomena tanpa bayang,


Sepertimana yang di maklumkan fenomena ini bakal berlaku pada 29 Mac ini pada pukul 1.20 petang dan  juga pukul 1.10 petang pada 15 September 2014.

Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media memberitahu, fenomena itu akibat peredaran Bumi mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah.

“Kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5 darjah selatan akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masa berbeza mengikut kedudukan lokasi.

“Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena itu akan berlaku pada 6 April ini pada pukul 1.24 petang dan 6 September, pukul 1.20 petang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena itu bagaimanapun bukan sesuatu situasi yang pelik kerana ia berlaku dua kali pada setiap tahun.

Tambah kenyataan itu, pada waktu itu orang ramai akan mendapati matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari.

Hal itu akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri sekiranya berdiri di kawasan lapang.

Buat pengatahuan korang fenomena itu juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula.


Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas

Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan.

Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.

Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi dan ahli sains Isaac Newton berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca.

Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan.

Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena tanpa bayang hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara atau pun mungkin arah selatan.

Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari.

Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun.

Fenomena sama yang berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah. Korang baca nie ▬▬► Fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.

TAOTAUAJER : Nanti pada tarikh 29 haribulan boleh la ramai-ramai ambik gambar tiada bayang... tapi sebenarnya ada jer bayang tapi betul-betul di bawah kita, takpe kita tengok macamana fenomena itu nanti pada 29 hari bulan. Amacam? sekarang korang dah tahu la kan sebabnya mengapa fenomena tanpa bayang ini boleh berlaku... - Koleksi Fenomena Dunia

TAOTAUAJER - Setiap tahun, ekuinoks musim bunga bermula pada 20 Mac atau 21 Mac. Menariknya, salah satu dari hari tersebut dikatakan akan b...

TAOTAUAJER - Setiap tahun, ekuinoks musim bunga bermula pada 20 Mac atau 21 Mac. Menariknya, salah satu dari hari tersebut dikatakan akan berlaku fenomena pelik di mana semua orang boleh mengimbangi telur sehingga berdiri tegak, tanpa bantuan ahli silap mata!


Justeru, bagi korang yang ingin mencuba, nantikan tarikh tersebut yang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Tapi sebelum itu, ada baiknya korang menyediakan beberapa biji telur terlebih dahulu. Jenis telur, sama ada telur ayam, puyuh atau itik, semua boleh digunakan.

Dengan syarat, telur tesebut mestilah mentah, segar dan tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Apabila tiba harinya nanti, cubalah tegakkan telur-telur tersebut. Kalau tidak berjaya, jangan berputus asa kerana kejadian alam semesta ini berlaku setiap tahun.

Begitulah yang selalu dihebohkan apabila ekuinoks musim bunga bakal tiba. Sebenarnya, fenomena telur berdiri sudah menjadi bahan bualan sejak zaman dahulu kala lagi.

Buat pengetahuan korang seorang sejarawan Itali, Girolamo Benzoni, pernah menulis tentang 'Telur Columbus' dalam bukunya, History of The New World, yang diterbitkan pada tahun 1565.

Telur Columbus menceritakan tentang kemampuan Christopher Columbus mengajar cara mendirikan telur tanpa memegangnya.

Suatu hari, beliau menghadiri sebuah acara jamuan makan untuk menerima penghargaan di atas pencapaian hebat menemui dunia baru.

Tiba-tiba datang seorang lelaki melecehkan penemuan itu dengan mengatakan sesiapapun boleh mendakwa perkara yang sama.

Terusik dengan kata-kata sedemikian. Columbus mencabar para hadirin untuk membuat telur berdiri tanpa memegangnya. Ramai yang mencuba, tetapi gagal!

Dia kemudian menunjukkan caranya dengan mengambil sebiji telur dan memecahkan sedikit bahagian bawahnya. Lalu, telur itu diletakkan di atas meja dan ia pun berdiri tanpa dipegang.


Matahari dikatakan berada tepat diatas Khatulistiwa Bumi sewaktu fenomena telur berdiri ini berlaku

Mungkin pada zaman itu, Columbus masih belum mengetahui tentang adanya fenomena telur berdiri. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya idea berkenaan mungkin telah memberi ilham kepada orang terdahulu sehingga akhirnya kejadian alam semesta ini diketahui ramai.

Orang Cina dikatakan telah memulakan perbuatan mengimbangi telur sebelum dipopularkan di Barat. Ia dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina.

Berlaku setahun sekali iaitu pada tahun baru lunar dalam masyarakat Cina dan ekuinoks musim bunga di Barat. Dipercayai, pada saat itu semua telur boleh berdiri jika ditegakkan.

Sejauh mana kebenarannya, ilmuwan belum mencapai kata sepakat mengenai kejadian unik ini. Ertinya, ada ilmuwan bersetuju manakala ada juga yang menganggap ia hanya satu perbauatan mengimbangi, tiada kena-mengena dengan ekuinoks musim bunga.

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di atas khatulistiwa bumi. Diyakini kejadian ini berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria akan berlaku ekuinoks atau solstis.

Pada tarikh inilah, waktu siang dan malam sama panjang atau berjangka masa sama di serata tempat di dunia.


Terpegun melihat telur berdiri.

Ketika itu, kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Manipulasi tarikan graviti atau kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan, termasuklah ketika fenomena berdiri.

Saintis juga percaya bahawa pada tanggal tersebut, posisi bulan, matahari dan bumi berada pada sudut paksi sejajar. Sama seperti ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. Dalam kedudukan sedemikian, ada ketikanya tarikan graviti bumi lebih kuat dari biasa.

Keadaan itu dikatakan mempengaruhi kuning-kuning telur, tertarik sedikit lebih rendah berbanding hari-hari biasa. Perubahan tersebut membuatkan titik berat telur lebih ke bawah sehingga membantu telur untuk berdiri pada hujung elipsnya.

Penjelasan saintifik tentang graviti bagaimanapun kurang diterima oleh sebahagian ahli sains. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Jepun, Ukichiro Nakaya.

Pada tahun 1974, beliau pernah menjalankan eksperimen tentang fenomena itu dan mendapati telur sebenarnya boleh diseimbangkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Menurut Ukichiro lagi, asas untuk membolehkan telur berdiri bergantung pada bintik hitam dan lubang-lubang kecil pada permukaan kulit telur.

Idea yang sama turut digunakan oleh ahli astronomi dari Universiti Minnesota, Frank D. Ghigo. Dia pernah mencuba untuk mengimbang satu dozen telur pada permukaan meja setiap hari antara 27 Februari hingga 3 April 1984.

Daripada uji kaji yang dijalankan, Ghigo mendapati hanya sebilangan telur boleh berdiri tegak pada ekuinoks dan begitu juga pada hari-hari biasa. Lalu beliau menyimpulkan bahawa faktor kesabaran memberi impak besar ke atas kadar mengimbang telur!


Tambahnya lagi, jika seseorang tidak sabar, jumlah telur yang boleh ditegakkan adalah sangat rendah atau mungkin langsung tidak berjaya.

Bagaimanapun, Ghigo tetap mengakui bahawa peratusan telur yang dapat diseimbangkan dengan lebih baik hanya pada hari ekuinoks musim bunga.

Maka beliau berpendapat, hari ekuinoks ialah waktu terbaik untuk mendirikan telur tanpa memegangnya.

TAOTAUAJER : Amacam ? ada yang baru tau pasal fenomena hari telur berdiri? hari nie 21 hari bulan jadi korang masih sempat untuk mencubanya. Ingat! jangan putus asa.. hehe - Koleksi Menarik