Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

TAOTAUAJER - MALANG tidak berbau.. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesa...

TAOTAUAJER - MALANG tidak berbau.. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.


Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.


Rata-rata menzahirkan rasa simpati namun pada masa sama ada yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Saksikan pula Video rakaman kejadian Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City di bawah ini..

VIDEO RAKAMAN Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City.Tadi Admin ada siarkan gambar anak...
Posted by TAOTAUAJER on Friday, 3 April 2015

TAOTAUAJER : Apa-apa pun, perkara telah pun berlaku dan semoga insiden ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat para ibu bapa dalam menjaga anak-anak di mana jua anda berada.


TAOTAUAJER - Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketu...

TAOTAUAJER - Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kemalangan tersebut benar-benar terjadi.


Menurut Khalid, Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD itu adalah milik PDRM dan terlibat kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam insiden tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan mereka telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Kesemua penumpang di dalam helikopter tersebut dilaporkan selamat.

Menurut Khalid lagi, helikopter tersebut dalam misi menghantar bekalan makan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah.


Tan Sri Khalid telah mengesahkan laporan tersebut setelah lebih sejam mesej mengenai kejadian berlegar-legar di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.



Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah.


Saksikan rakaman video apabila helikopter PDRM terhempas


TAOTAUAJER :  Pengorbanan anggota keselamatan yang tak minta balasan , tapi ada lagi mnusia yang dok kutuk dan maki hamun pasukan kselamatan kita . Bangsa tak kenang budi ... puuui !! Tahniah diucapkan kepada orang kampung yang berusaha menyelamatkan mangsia...

TAOTAUAJER - Seorang remaja berusia 18 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Namun sebelum beliau meninggal dunia belia...

TAOTAUAJER - Seorang remaja berusia 18 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Namun sebelum beliau meninggal dunia beliau kerap dan telah update beberapa status di Facebook yang menginginkan nyawa beliau dicabut dan ditarik. Lalu permintaan beliau dimakbulkan.


saksikan video ini...


TAOTAUAJER : Sila berhati-hati dengan setiap ayat yang kita tulis atau sebutkan mingkin ianya akan menjadi satu doa dan silap la kalau doa tersebut di makbulkan dan terkena pada diri kita sendiri. Ambil iktibar dari kejadian ini....


TAOTAUAJER - Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada menjadi viral. Su...

TAOTAUAJER - Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada menjadi viral. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baru)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda. Ini adalah statement palsu.


[FAKTA SEBENAR] PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.

Namun begitu ramai yang memberikan komen negatif ke atas PERODUA setelah penjelasan ini disiarkan kepada umum di laman SINAR HARIAN.


TAOTAUAJER - SEORANG gadis nyaris maut apabila kederaan pelbagai guna SUV, Lexus GX460 yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas dan terb...

TAOTAUAJER - SEORANG gadis nyaris maut apabila kederaan pelbagai guna SUV, Lexus GX460 yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas dan terbalik ke dalam semak. Kejadian dipercayai berlaku di Rusia.


Rakaman video litar tertutup yang didedahkan oleh pihak insuran ini telah menjadi viral di laman sosial dan mengundang pelbagai komen.

Dikatakan kereta mewah itu baru saja dibeli oleh bapa gadis terbabit, seorang hartawan dan dihadiahkan kepadanya. Ia berharga £38,000 (RM158,000).

Namun ia musnah kurang dari 16 saat!

Kedengaran suara pada video yang dirakam dari kamera litar tertutup menjerit ‘No Way…!’ ketika mereka melihat kejadian itu.


Mujurlah, beg keselamatan udara menyelamatkan nyawa gadis terbabit.

Pelbagai komen dikongsikan di youtube, antaranya mengecam tindakan bapanya yang sanggup membelanjakan banyak wang untuk membeli kereta mewah tetapi tidak memastikan anaknya mempunyai lesen memandu.

Ada juga komen berbaur jantina seperti “kaum wanita tak perlu ada tempat sebagai pemandu” dan “apa juga kederaan yang dipandu sama ada Lexus atau Lada, pastikan otak anda berada di gear sebelum memandu.”

Ada juga yang bersikap positif dengan memberi komen “mujur dia menguji kemahiran memandunya di tempat sunyi daripada menghentam pejalan kaki atau pemandu lain. Bayangkan jika dia memandu di jalan yang sibuk,” kata yang lain.



TAOTAUAJER - Inilah berita tergempar yang baru di khabarkan... belum habis lagi dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 kini kita di ...

TAOTAUAJER - Inilah berita tergempar yang baru di khabarkan... belum habis lagi dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 kini kita di kejutkan pula dengan pesawat MAS MH17 pula yang di katakan terhempas di Ukraine.


'Interfax' melaporkan Sebuah pesawat Boeing 777 milik syarikat penerbangan Malaysia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

 Gambar serpihan MH17 terhempas di katakan di tembak di ruang udara Ukraine

 - LAGI GAMBAR NGERI PESAWAT MH17 TERHEMPAS DI SINI - 

"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia, mula terbang rendah, dan kemudiannya ditemui terbakar di atas tanah di Ukraine," kata sumber, sambil menambah bahawa 280 penumpang dan 15 anak kapal berada di atas kapal.

Pakar tentera Dmitry Tymchuk berkata pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di utara Torez di rantau Donetsk, menurut wartawan Ukraine Myroslava.

Kawasan ini dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia yang sedang menentang tentera Ukraine.

Pada 8 Julai, Pentadbiran Penerbangan Ukraine menutup ruang udara kepada pesawat awam selepas sebuah pesawat pengangkut tentera ditembak jatuh.

Pesawat itu dilaporkan menyeberangi sempadan Rusia pada kira-kira 09:30 EDT.

Namun begitu, kesahihan berita ini masih diragui. Kita tunggu pengesahan daripada pihak kerajaan Malaysia. Dalam pada itu, pihak MAS mengesahkan mereka terputus hubungan dengan pesawat MH17

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News


Kenyataan MAS MH17 terhempas di Twitter


Entri terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat ‪#‎MAS‬ ‪#‎MH17‬ dalam laman Twitter


Saksikan video pesawat MH17 yang telah terhempas yang berjaya dirakamkan...



TAOTAUAJER : Takziah pada keluarga yang terlibat dengan insiden terbaru ini. Sungguhnya berita nahas pesawat MAS terhempas di Ukraine satu kejutan terhebat buat rakyat Malaysia di bulan Ramadhan ini.

TAOTAUAJER - Astagfirullah.. sungguh menyayat hati apabila satu kejadian kemalangan yang berlaku di sabah melibatkan seorang kanak-kanak t...

TAOTAUAJER - Astagfirullah.. sungguh menyayat hati apabila satu kejadian kemalangan yang berlaku di sabah melibatkan seorang kanak-kanak tadika balik dari sekolah.


Difahamkan kanak-kanak tersebut menaiki motor bersama ayahnya. Ayahnya letak anak dibelakang, anak dia tertidur ketika dalam perjalanan. Sedia maklum janganlah letak anak kecil dibelakang ketika menaiki motor.




TAOTAUAJER - Demi cinta, seorang lelaki memeluk erat mayat kekasihnya yang putus kepala selepas mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di K...

TAOTAUAJER - Demi cinta, seorang lelaki memeluk erat mayat kekasihnya yang putus kepala selepas mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Kampung Meranek,Kota Samarahan di sini tengah malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Ninie Asmida Hasbi, 20, membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya yang dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan mereka terjatuh sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh pula oleh sebuah motosikal.

Motosikal terbabit dipercayai menggilis badan gadis itu menyebabkan kepala mangsa terputus. Teman lelakinya memeluk erat mayat sebelum menutup bahagian kepala yang terputus dengan bajunya.


TAOTAUAJER - Ini adalah satu kejadian yang pelik apabila seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba me...

TAOTAUAJER - Ini adalah satu kejadian yang pelik apabila seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan **************, sambil menunggu kehadiran ambulans.


Apa yang anda lihat di atas adalah mangsa kemalangan tersebut sedang menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik sewaktu cuba menahan kesakitannya.

Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar.

Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.


"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis.

Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.

"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan.

Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge. SUMBER : Utusan Malaysia

TAOTAUAJER : Adoyai... macam nie pun ader.. nampak tak kesungguhannya untuk berjaya, tapi sampai dah taham macam nie memang pelik laa..


TAOTAUAJER - DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, Ch...

TAOTAUAJER - DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.


Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.


Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.

Iklan SK Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.

Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.