Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

TAOTAUAJER - Keadaaan yang membimbangkan kalau kita lihat gambar-gambar banjir yang berlaku di pantai timur sangat luar biasa dan menakutka...

TAOTAUAJER - Keadaaan yang membimbangkan kalau kita lihat gambar-gambar banjir yang berlaku di pantai timur sangat luar biasa dan menakutkan. Dikatakan banjir itu berlaku sangat pantas dan amat menakutkan penduduk sehingga mereka menyifatkan bencana paling buruk setakat ini.


Adakah anda tau apakah sebab kejadian sebegini berlaku... ada yang kata bala lah.. walaubagaimanapun ada kajian saintifik yang dapat menjelaskan mengapakah kejadian banjir berlaku di beberapa tempat di malaysia.

Dimana, air pasang yang berlaku adalah disebabkan oleh Fenomena na ‘full moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi dimana antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.


Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘full moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

“Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

“Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari,” katanya.

Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

“Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.

Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.
SUMBER :  BERNAMA

TAOTAUAJER :  “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. (Surah Hud:44). Sama -sama kita doakan bencana ini reda dan lindungilah mereka yang ditimpa bencana..

TAOTAUAJER - Kebelakangan ini banyak bencana yang berlaku kepada negara-negara dibumi ini dan tidak terlepas juga negara kita. Apakah benca...

TAOTAUAJER - Kebelakangan ini banyak bencana yang berlaku kepada negara-negara dibumi ini dan tidak terlepas juga negara kita. Apakah bencana dan musibah ini adalah salah satu Bala yang diturunkan Allah? Disini tao nak kongsikan satu info 15 perkara yang mengundang bencana akhir zaman.


Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).

Sebuah hadits dari Rasulullah SAW menceritakan dosa-dosa yang menjadi penyebab turunnya bala dari Allah SWT. Hadits diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib.

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana/bala/siksaan." Maka bertanya seorang sahabat, "Apakah (15 perkara) itu, ya Rasulullah?” Maka Baginda bersabda:

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1. Apabila harta rampasan perang (maghnam) dianggap sebagai milik sendiri, diagihkan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Peperangan antara kaum islam dan kaum kafir, kaum kafir dikalahkan dan harta benda mereka dirampas, maka harta benda tersebut adalah rampasan perang.

Rampasan perang adalah milik Allah dan rasul; seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil.

Sejarah islam dirantau kepulauan Melayu melawan kaum kafirin belum pernah timbul isu harta rampasan perang.


2. Apabila amanat (barang amanah) dijadikan sebagai rampasan.

Amanat adalah sesuatu yang dipertanggungjawab untuk dipelihara sehingga sampai sepenuhnya kepada yang berhak memilikinya. Mengkhianati, memungkiri, atau merampas amanat dijadikan milik sendiri, atau menafikan hak seseorang adalah kesalahan yang berat.

Riwayat dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:“3 perkara, barangsiapa ada pada 3 perkara itu, maka dia itu orang munafiq, walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mendakwa ia islam, iaitu: apabila berbicara, ia berdusta; apabila berjanji, ia menyalahi janji; dan apabila dipercayai, ia berkhianat.” (HR Bukhari-Muslim)

3. Apabila zakat dianggap sebagai cukai (denda).

Antara tujuan murni zakat, mensuci harta dan jiwa; memberkah harta pemilikan; mengangkat darjat fakir miskin; membantu meringan masalah para gharimin, ibnusabil, mustahiq lainnya; memupuk tali persaudaraan sesama umat Islam dengan mengikis sifat kikir dan loba para pemilik harta, dan sifat dengki dan iri hati orang-orang miskin; memupuk tanggungjawab sosial bagi pemilik harta manifestasi syukur atas nikmat Allah.

Baitulmal, pemegang zakat juga memikul amanat berat, perlu pro-aktif, bagi memastikan tujuan-tujuan murni zakat dapat dicapai sebaik mungkin. Jangan sampai ramai warga islam masih mengemis, ramai yang terpaksa tidur dibawah jambatan, ramai yang terpaksa meminjam 'along' untuk menyelesai masalah kehidupan, ramai balu yang membesarkan anak-anak terpaksa merintih belas ihsan bagi meneruskan kehidupan. Baitulmal pasif, tidur dalam senyuman kerana banyak wang dan harta yang terkumpul, penyalahgunaan dan perbelanjaan tidak pada jalan yang hak dan diredzai, boleh ditakrifkan sebagai syaitan-pencuri yang mencuri harta zakat (harta orang-orang yang berhak menerimanya).

4 Apabila suami dikuasai/tunduk kepada isteri.
Nusyuz istilah isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Dunia hari ini menyaksikan ramai gelagat para isteri semakin parah, mengaku beriman tetapi berani membantah hukum Allah, berapi-api menghujah nas-nas bagi menghalalkan tindakan.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya” (HR at-Tirmidzi).

Isteri yang baik, yang beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab dari Allah akan terdidik mentaati hukum Allah dan nasihat Rasul. Dari Anas ra, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka.” (HR Ahmad)

Beberapa hadits lain boleh juga dijadikan renungan dan panduan.

Dalam satu kisah Rasulullah SAW dan para sahabatnya melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang. Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka. Ketika Baginda melihat neraka, Baginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Imam Al-Bukhari)

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (berlandaskan syar’ie) maka haram baginya mencium wangi syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

“ …dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta; mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan wangi syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

5 Apabila seorang anak bersikap kasar terhadap ibu sendiri.

6 Apabila seorang anak lebih memuliakan rakan dari ibu sendiri.

7 Apabila seorang anak bersikap kasar kepada bapa sendiri.

Allah SWT berfirman, “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia, dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’ (AI-Isra’:23-24)

Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku beritahu kamu tentang dosa yang paling besar? iaitu menyekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Keridhaan Allah ada di dalam keridhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah ada pada kemurkaan kedua orang tua." (Diriwayatkan Tirmidzi dari hadits Abdullah bin Amr, hadits ini diperkuat oleh hadits Abu Hurairah).

Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat orang yang durhaka kepada orang tuanya." Baginda bersabda lagi:"Allah melaknat orang orang yang mencaci bapanya. Allah melaknat orang yang mencaci ibunya." (Diriwayatkan lbnu Hibban dalam shahihnya dari hadits Ibnu Abbas).

Rasulullah SAW bersabda, "Semua dosa ditunda (siksanya) oleh Allah semahuNya hingga hari Kiamat kecuali durhaka kepada orang tua. Sesungguhnya dosa durhaka disegerakan (siksanya) bagi pelakunya” (Diriwayatkan Hakim dari hadits Abu Bakar dengan sanad yang baik).

Sewaktu peristiwa israk mikraj, Rasulullah SAW bersabda “Pada malam ketika aku diisra’ kan aku melihat beberapa kaum yang bergelantungan pada dahan-dahan dari api. Aku bertanya, "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang mencaci ayah dan ibu mereka di dunia.”


8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, SERTA mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk" (QS. At-Taubah : 18)

Masjid adalah rumah Allah, merupakan tempat ibadat orang-orang islam; tempat pendidikan agama Islam; tempat sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan agama Islam; tempat syarahan atau ceramah agama yang dibenarkan; pusat penyebaran dakwah, maklumat, dan peraturan agama; tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan.

Masjid bukan tempat berkempen politik atau perbincangan politik kepartian atau apa-apa isu yang boleh membawa kepada perpecahan ummah. Bukan juga tempat mencetuskan perpecahan ummah dan membuat bising dan keributan di dalam masjid (yang bertentangan dengan ‎syari’ah).

9 Apabila pemimpin orang rendah martabatnya/krisis moral. 

10 Apabila seseorang dihurmati dan dimuliakan kerana ditakuti kuasa kejahatannya.

Waspada pemimpin yang terhina, rendah moral. Dari Jabir bin Abdillah bahwa Rasulullah Saw berkata kepada Ka’ab bin Ajzah: “Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR Ahmad).
Dalam hadits riwayat Ahmad dikatakan bahawa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah SAW, yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam, pemimpin penolak kebenaran, penyeru kemungkaran.

Dari Ubadah Shamit, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kamu dengan hukum yang tidak kamu ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kamu ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kamu untuk mentaatinya.” (HR Ibnu Abi Syaibah)

Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kamu. Mereka berbicara (benjanji) kepada kamu, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kamu hingga kamu menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kamu membenarkan kebohongan mereka, SERTA kamu memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).

Para pemimpin diktator (kejam).... Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar). Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik tangan besi terhadap rakyatnya.

Dari Abu Layla al-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda: “Dan berikut adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kamu dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kamu. Sehingga mereka tidak membebani kamu dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kamu dengan paksa, baik kamu suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kamu adalah tidak mengambil pemberian mereka, dan tidak menghadiri pertemuan mereka.” (HR. Thabrani).


11. Apabila meminum Khamar (arak) leluasa dan menjadi kebiasaan.

Arak, alkohol, minuman keras adalah khamr, sesuatu yang memabukkan, minuman yang kini merasuki masyarakat hingga ke pelosok tanah air. "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (korban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan itu) agar kamu beruntung." Surat Al Maidah, Ayat 90

Dari Anas ra Rasulullah SAW bersabda: "dalam hal arak ada 10 orang yang dilaknat oleh Allah SWT: pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayar dan pemesannya." HR Ibnu Majah dan at-Tarmizi

Meminum khamr termasuk salah satu dosa besar. Khamr adalah induk segala kejahatan. Orang yang mabuk akan hilang kendali kesadarannya. Hadis riwayat Tabrani dari Abdullah bin Umar: “Khamr adalah ibu kejahatan dan terbesar dosa-dosa besar dan barangsiapa meminum khamr, maka akan meninggalkan solat dan terjatuh (menggauli) ibu dan bibinya.’’ Nabi SAW juga menggambarkan orang yang meminum khamr ibarat orang yang menyembah berhala, artinya telah hilang Islamnya. (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

Kain sutera memang halus. Kelihatan anggun dan bergaya, bila dijadikan sebagai bahan pakaian, ‎khususnya pada wanita. Kini “fashion trend” banyak lelaki memakai baju Melayu, baju batik sutera atau pakaian ‎acara rasmi di perbuat dari kain sutera. Syariat Islam mengharamkan lelaki memakai sutera, baik untuk solat mahu pun apa ‎jua. Selain memakai sutera, lelaki islam ‎juga diharamkan duduk di atas hamparan dari sutera. ‎

Dalam hadits-hadits dari Umar Khattab ra, Anas ra, dan Abu Musa Al Asy’ary ra, Rasullulah SAW bersabda: "Sesiapa (lelaki) yang memakai sutera di dunia, ia tidak akan dapat ‎memakainya lagi di akhirat." (HR Bukhari dan At Tarmidzi) ‎

Ali bin Abu Talib ra berkata: "Rasulullah SAW mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Sesungguhnya 2 ‎benda ini haram buat lelaki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."


13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.


Biduan, artis, penyanyi termasuk perkara yang melamunkan hati, melekakan dan melupakan zikrullah, ibadah dll. Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat sudah wujud biduan menyanyi, menari, dan memainkan alat-alat musik, tetapi sangat dibatasi untuk acara walimah perkawinan, berkhatan, menyambut tetamu, memuji-muji orang yang mati syahīd dalam peperangan, atau menyambut kedatangan hari raya dan perayaan.

Namun kini, penyanyi dan penari wanita muncul bagaikan bidadari melalui akademi fantasia, dan pelbagai program realiti sehingga menjadi sanjungan, penghambatan, dan 'glamour' dalam bisnes hiburan. Keterlaluan sehingga nyanyian, tarian sensual, spara bugil dan dangdut menghairahkan.

Kecanggihan teknologi melahirkan berbagai macam alat musik dari yang tradisional (akustik) hingga yang modern (elektrik). Alat-alat musik dan konsert semakin leluasa dan menjadi kebanggaan. 

Penonton menjadi peminat yang memuja para artis diserata pelusuk negara. Arus perdana ini semakin tidak memperdulikan hukum islam dan larangan Allah SWT.



15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Generasi kini lebih moden, lebih berteknologi, lebih canggih berbanding generasi awal sebelumnya. Maka menjadi kecenderungan mencaci, mengkritik dan beranggapan negatif terhadap generasi awal yang sudah ketinggalan zaman dan kolot. 

Melihat sejarah politik di negara kita maka terlihat bagaimana generasi muda (berbagai gerakan) mula mengecam, memaki, melaknati para pemimpin terdahulu negara ini. Jika cercaan datang dari kaum kafir, ini boleh difahami kerana memang bagaikan suatu sumpahan kaum kafirin sentiasanya tidak menyenangi orang-orang islam sehingga bersetongkol dengan mereka. 

Perlu diingat bahawa tanpa usaha generasi awal takkan berkembang maju generasi kini. Mereka yang membia landasan kepada kemajuan generasi muda. Segala ikhtiar dan ikhtibar adalah dari generasi awal; yang tidak baik dijadikan sempadan, yang baik dikekalkan.


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra'du (11).

FirmanNya yang lain:

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).

Ikuti ceramah ustaz Azhar idrus berkaitan 15 Perkara Mengundang Bencana Akhir Zaman


Antara kejadian yang pernah dikenakan bala... ikuti beberapa kisah di bawah ini..



TAOTAUAJER - Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angi...

TAOTAUAJER - Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.


Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.

Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.

sama-sama kita saksikan video puting beliung yang berjaya dirakamkan di Pendang, Kedah di bawah ini


TAOTAUAJERIni adalah sifat kemalat Allah s.w.t yang ditunjukkan kepada hambaNya untuk menunjukkan Kebesaran KekuasaanNya.


TAOTAUAJER - Ini adalah salah satu kejadian yang kita jarang kali kita dengar apabila ribut melanda di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan un...

TAOTAUAJER - Ini adalah salah satu kejadian yang kita jarang kali kita dengar apabila ribut melanda di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan unit rumah flat hilang dinding.. Kalau petang tadi juga satu kejadian yang menggemparkan apabila Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh..... tapi yang ini agak pelik bukan..


Terkejut tengok rumah pangsa Lok Yew tercabut dinding akibat ribut yang kuat, jika di lihat pada gambar sekeping dinding tercabut yang menyebabkan rumah terbabit tanpa dinding yang menampakkan jelas di bawah dari atas rumah pangsa terbabit.


Manakala berita yang menyedihkan di sebabkan oleh ribut petang 12 Okt apabila dua anggota polis yang bertugas di pondok stor simpanan barang kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Belfield, Kampung Attap, di sini, maut selepas pondok kontena itu dihempap sebatang pokok.

TAOTAUAJER : Serius bahaya. Tapi permandangan yang kita dapat lihat disini adalah sangat indah.


TAOTAUAJER - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan tabur...

TAOTAUAJER - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.



Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S.

Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus ’El Nino’ akan berlaku di Asia Tenggara.

``Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia.

``Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia,'' katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara.

Contohnya jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.

``Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu,'' katanya.


Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.

Prof. Dr. Abdull Rahim berkata, ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.

``Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.

``... dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu,'' katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April.                                                                           sumber : Utusan Online

TAOTAUAJER - Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bum...

TAOTAUAJER - Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter



Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.

SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan. Alam seakan-akan menolak kehadiran Ariel Sharon di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan.

TAOTAUAJER - Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan akan perubahan terhadap bumi kita. Kalau korang sedar keadaan cuaca tidak me...

TAOTAUAJER - Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan akan perubahan terhadap bumi kita. Kalau korang sedar keadaan cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Sebelum ini juga tao ada bagi tau pada tahun 2011 dimana paksi bumi telah menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur setelah berlakunya gempa bumi di Jepun pada tahun tersebut. Lihat [sini]


Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Kini, perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

sehinggakan negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Medan magnet bumi berganjak



Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku, kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu menjadi lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

SUBHANALLAH! Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.


Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

SUMBER DIOLAH SEMULA DAN DIGABUNGKAN DARI SINAR HARIAN

TAOTAUAJER : Subhhanallah, kalau korang perasan kedudukan matahari adalah tidak sama kedudukannya seperti mana beberapa tahun yang lepas. Tanda-tanda kecil kiamat sudah lengkap.... tao pun takut jika apa yang diramal itu benar belaka. Sesama kita berdoa agar kita dijauh kan dari bencana maklumlah sekarang ni dah banyak sangat malapetaka dan bencana alam yang terjadi di muka bumi ni. Tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan nanti - Koleksi Informasi


TAOTAUAJER - Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, ...

TAOTAUAJER - Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, tsunami yang berpunca daripada Gempa bumi berukuran 9.1 Skala Ritcher di Lautan Hindi ini telah meragut seramai 230,000 orang mangsa secara keseluruhannya di 14 buah negara termasuk Malaysia.


Jika diimbas kembali peristiwa bencana alam yang berlaku beberapa tahun lalu, angka 26 kerap menjadi tarikh terjadinya malapetaka yang paling dahsyat dalam sejarah.

Tidak percaya? sekarang mari lihat buktinya seperti yang dicatatkan...

26 Januari 1531 - Gempa bumi di Lisbon, Portugal
26 Januari 1700 - Gempa di Laut Pasifik
26 Julai 1805 - Gempa bumi di Naples, Calabria, Itali
26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus
26 Disember 1861 - Gempa bumi di Egion, Greece
26 Mac 1872 - Gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat
26 November 1902 - Gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech
26 November 1930 - Gempa bumi di Izu Island, Jepun
26 September 1932 - Gempa bumi di Ierissos, Greece
26 Disember 1932 - Gempa bumi di Kansu, China
26 Oktober 1935 - Gempa bumi di Colombia
26 Disember 1939 - Gempa bumi di Erzinchan, Turki
26 November 1943 - Gempa bumi di di Tosya Ladik, Turki
26 Disember 1949 - Gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 - Gempa bumi di Bolu Abant, Turki
26 Mac 1963 - Gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun
26 Julai 1963 - Gempa bumi di Skopje, Yugoslavia
26 Mei 1964 - Gempa bumi di South Sandwich Island,Lautan Atlantik
26 Julai 1967 - Gempa bumi di Pulumur, Turki
26 September 1970 - Gempa bumi di Bahia Solano,Colombia
26 Julai 1971 - Gempa bumi di Solomon Island
26 April 1972 - Gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 - Gempa bumi di North Atlantik
26 Mac 1977 - Gempa bumi di Palu, Turki
26 Disember 1979 - Gempa bumi di Carlisle, England
26 April 1981 - Gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat
26 April 1983 - Gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
26 Januari 1985 - Gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Januari 1986 - Gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat
26 April 1992 - Gempa bumi di Cape Mendocino, California
26 Oktober 1997 - Gempa bumi di Itali
26 Disember 2004 - Tsunami di Acheh, Indonesia
26 Mei 2006 - Gempa bumi di Jogja, Indonesia
26 Jun 2010 - Gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia
26 Oktober 2010 - TSUNAMI di Mentawai, Sumatera Barat,Indonesia
26 oktober 2010 - Letusan Gunung berapi, Pulau Jawa,Indonesia


26 Disember GENAP 9 tahun berlakunya TSUNAMI. Masjid ini antara yang terselamat ketika tsunami meranap rumah-rumah disekelilingnya... SubhanaAllah...

Persoalannya, mengapa semua kejadian tersebut berlaku tepat pada 26 haribulan? Apakah secara kosmologi, jika tiba tarikh tersebut atau pada setiap penghujung bulan,bumi menjadi tidak 'tenteram' hingga meletuskan bencana kepada isi alam ini? Atau dengan kata lain, apakah angka berkenaan adalah pencetus malapetaka? WALLAHUALAM

Baru ini juga kita telah di kejutkan dengan kejadian yang menggemparkan penduduk Malaysia apabila ribuaan ikan secara mengejut naik kepantai di Lahad Datu, sabah dan ada juga berita yang mengatakan banyak binatang dari laut, seperti ikan lumba-lumba, ketam dan lain-lain telah naik kedarat di kawasan perairan Terengganu.  - Koleksi Misteri


TAOTAUAJER - Seperti yang diketahui, bencana banjir mampu merosakkan harta benda seperti rumah, perabot dan jika paras air ini terlalu ting...

TAOTAUAJER - Seperti yang diketahui, bencana banjir mampu merosakkan harta benda seperti rumah, perabot dan jika paras air ini terlalu tinggi, ia menyebabkan kenderaan anda hanyut dan mengalami kerosakkan..  Apabila kenderaan di masuki air, ia menyebabkan litar pintas pada terminal positif dan nagatif bateri, ruangan enjin dimasuki air dan saluran ekzos pula pasti dipenuhi lumpur.





Kini terdapat satu produk yang akan mengurangkan kebimbangan kepada pemilik kenderaan apabila menggunakan Floody carbag.



Ini adalah salah satu cara yang paling efektif bagi menyelamatkan kereta sewaktu banjir



TAOTAUAJER :  Bagus ! bagi mereka yang berada di kawasan berisiko untuk banjir boleh la cari benda ini supaya dapat mengelakkan dari kereta anda dimasuki air sewaktu banjir. - Koleksi COOL!


TAOTAUAJER - Sadis dan kesian apabila meliht bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini wilayah tengah...

TAOTAUAJER - Sadis dan kesian apabila meliht bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.


Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.


Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.



Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.



Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.



SUMBER : philstar.com, Kosmo, google

TAOTAUAJER : Subhanallah, ini adalah ujian dari Allah s.w.t supaya kita sedar dan insaf betapa kerdilnya kita di muka bumi ini. Kalau tuhan nak tunjuk sekelip mata saja boleh binasa...ini juga menunjukkan tiada apa yang kekal di muka bumi, manusia juga tidak terkecuali...KEMATIAN itu pasti...sesama kita berdoa supaya Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosa umat islam di dunia ini sebelum terlambat. - Koleksi Artikel Islamiah.