Showing posts with label Panorama Dunia. Show all posts

TAOTAUAJER - Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah , sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil...

TAOTAUAJER - Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah, sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil "enchated river" kerana misteri sungai ini aliran airnya tanpa sumber (tanpa hulu sungai) dan dikatakan juga sungai ini tanpa dasar.


Menambahkan lagi misterinya, ada ketika musimnya kelihatan banyak ikan-ikan yang bermain di dalam sungai ini, ketika musim lainnya semua ikan ini akan hilang entah kemana. Itulah antara sebab kenapa sungai ini di berikan nama "enchated river".


Sebenarnya sungai ini mempunyai dasar di bahagian lainnya tetapi ada Gua besar di bawah tanah yang menjadi sumber air yang entah dari mana. Beberapa penyelam pernah melakukan selaman untuk mengetahui punca sungai ini tetapi gagal untuk menyelam lebih dalam kerana gua semakin sempit dan terus ke dalam perut bumi dan itulah antara sebab mengapa sungai ini di gelar sungai tanpa dasar.


TAOTAUAJER : Maksud tanpa dasar itu ialah gua yang dikatanya sumber aliran sungai yang tidak di ketahui pangkalnya dan akhirnya di sebut sungai tanpa dasar


TAOTAUAJER - Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua...

TAOTAUAJER - Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua Afrika. 



Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung Barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang menarik. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'. Pandangan satelit (seperti terlihat pada screenshot Google Maps) sama-sama dramatik, pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.


saksikan video dokumentari tentang air terjun bawah laut di Mauritius ini
sumber : strangesounds.org

TAOTAUAJER : Bentuk seakan air terjun ini terjadia disebabkan kerana ombak yang menolak pasir pantai, mengakibatkan pasir-pasir tersebut membentuk alur dan garis yang menyerupai curahan air terjun. Meskipun bukan air terjun bawah tanah sebenar-benarnya, tetapi pemandangan tersebut memang menakjubkan, bukan? - Koleksi Keindahan Alam


TAOTAUAJER - Setiap orang mempunyai pengalaman bermandi manda tidak kiralah sama ada di kawasan air terjun, sungai mahupun di laut. Di Brazi...

TAOTAUAJER - Setiap orang mempunyai pengalaman bermandi manda tidak kiralah sama ada di kawasan air terjun, sungai mahupun di laut. Di Brazil, dikatakan terdapat sebuah sungai yang boleh dikunjungi oleh semua orang. Apa yang menariknya di sini adalah, batu-batu sungai di sini mirip seperti permukaan bulan. Tidak cukup itu lagi, permukaan bati di sini juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Jom kita layan gambar di bawah ini.


Sebuah tempat tertutup dan peribadi dikawasan Taman Negara Chapda dos Veadeiros, Brazil, terdapat sebuah tempat kuno atau taman air atau kolam renang yang dicipta oleh alam. Kolam atau taman air ini biasa disebut dengan nama Vale da Lua atau Lembah Bulan, sebahagian orang mengenalinya sebagai Moon Valley. Vale da Lua terbentuk dari aliran Sungai San Miguel yang dahulunya merupakan bekas aliran lava.

Lembah Bulan dianggarkan terbentuk 1.8 juta tahun yang lalu. Bentuknya yang aneh, terdapat banyak gua dan lorong, menjadi daya tarik tersendiri. bahkan kalau dilihat dari atas langit batu Vale da Lua mengeluarkan cahaya. Pekara ini disebabkan batu didaerah sini banyak mengandung batu kuarza.


Batu ini sangat unik dan menganggap batu ini seperti batu-batu yang ada di permukan bulan. Lembah Bulan (moon Valley) tidak begitu dikenal, bahkan dikalangan masyarakat Brazil sendiri.

TAOTAUAJER : Subhanallah sungguh indah, sungguh memukau permandangan.. kan best kalau dapat pergi ke tempat macam nie dah la indah, tenang jer rasanya dengan kesejukan deruan airnya. - Koleksi Panorama Dunia


TAOTAUAJER - Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusa...

TAOTAUAJER - Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir.


Sesiapa pun bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.

Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering kontang.



Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses. 


Ada beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda boleh bebas berenang di sana.

sumber : Detik.travel, amusingplanet

TAOTAUAJER : Subhanallah.. sungguh indah ciptaan mu, tak sangka di padang pasir sebegini pun boleh ada tasik yang wujud. - Koleksi Keindahan Alam

 SUBHANALLAH! - Menakjubkan Apabila Padang Pasir Bertemu Pantai (7 GAMBAR) - 

SUBHANALLAH! - Keindahan pemandangan paya di pantai East Anglia seperti OTAK! - 

TAOTAUAJER - Gambar gambar ini dirakamkan dari puncak Shanghai Tower dengan ketinggian 2,073 ft (632 m) akan membuatkan korang berasa gayat...

TAOTAUAJER - Gambar gambar ini dirakamkan dari puncak Shanghai Tower dengan ketinggian 2,073 ft (632 m) akan membuatkan korang berasa gayat. Agak-agak nyer apa rasanya apabila berada di ketinggian tersebut. Kecut teloq agak nyer..hehe, sesama kita saksikan lagi gambar di bawah ini..



TAOTAUAJER : Perghh... gila gayat.. kalau dah tinggi macam nie, rasanyer kaki pun dah ketar nak panjat. Korang ade brani? - Koleksi Menakjubkan