Showing posts with label Termahal. Show all posts

TAOTAUAJER - DUBAI – Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya berbaloi deng...

TAOTAUAJER - DUBAI – Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya berbaloi dengan harga jualannya dan lebih istimewa, tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Akhbar-akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, sebuah kedai pencuci mulut di Dubai melancarkan aiskrim yang dianggap paling mahal di dunia dengan harganya murah hanya serendah 3,000 dirham (kira-kira RM3,023).

Penciptanya, seorang peniaga dari India, Zubin Doshi berkata, harga mahal itu sebenarnya masih lagi murah dan memang pun dianggap wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan juga dikecualikan daripada GST.

Ais krim eksklusif dikenali sebagai ‘Black Diamond‘ atau berlian hitam itu diperbuat daripada bahan-bahan bernilai mewah antaraya ‘Italian Truffles’, ‘Ambroisal Iranian Saffron’ dan emas 23 karat yang boleh dimakan begitu sahaja.


Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk jenama Versace yang boleh disimpan oleh pembeli dan kini sudah pun dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij ikon popular Dubai, Burj Al Khalifa setinggi 830 meter. – Agensi 


TAOTAUAJER : Giller mahal... tapi tao pelik jugak acamane tu emas yang boleh dimakan. Nak tengok lagi antara hidangan - hidangan makanan yang paling mahal di dunia boleh tengok di bawah ni.


TAOTAUAJER - Jalan raya di Knightsbridge, barat London, memang dikenali sebagai tempat golongan kaya melaram kenderaan mewah yang dimiliki ...

TAOTAUAJER - Jalan raya di Knightsbridge, barat London, memang dikenali sebagai tempat golongan kaya melaram kenderaan mewah yang dimiliki pada setiap musim panas, termasuk di kalangan hartawan Arab yang bernafsu besar.


Namun seorang wanita Russia semalam mencipta penanda aras baru apabila hadir menayangkan keretanya, Mercedes CLS 350 yang dipakaikan dengan kristal mahal Swarovski.

Berdasarkan harga semasa, kereta itu bernilai £25,000 (RM133,000) tetapi perhiasan yang digunakan pada badannya dianggap mewah.

KERETA Mercedes CLS 350 yang disalut kristal Swarovski.


Pemiliknya, seorang siswi perniagaan dari Russia, Daria Radionova, 21, menjadikan kereta keluaran 2011 nampak amat bergaya.

Kata Daria, dia mahukan sesuatu yang unik dan istimewa pada kereta berkenaan.
“Kereta ini dihias oleh pereka dari Russia.

“Mereka bekerja selama 12 jam sehari selama dua bulan untuk menyiapkannya,” katanya. Ketika muncul di Knightsbridge, tidak sukar untuk Daria menarik perhatian ramai. Ke mana saja dia memandu, katanya, orang ramai pasti akan menoleh takjub.

Namun Daria tidak bercadang menyimpan kereta itu selamanya. “Suatu hari nanti saya akan menjualnya dan wang berkenaan bakal didermakan untuk pertubuhan kebajikan.


TAOTAUAJER -  Inilah antara berita yang hangat di perkatakan tentang tudung Fareeda apabila untuk memasuki butiknya perlu mengemukakan slip...

TAOTAUAJER -  Inilah antara berita yang hangat di perkatakan tentang tudung Fareeda apabila untuk memasuki butiknya perlu mengemukakan slip gaji selama tiga bulan. Giller gempak!


Kalau sebelum nie kita dengar katanya orang sanggup beratur dan  tidur di kaki lima semata-mata menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru tudung Fareeda hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.

Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.

Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

TAOTAUAJER : Tak pernah pulak dengar nak masuk kedai kena tunjuk 3 bulan slip gaji melainkan kalau nak loan barang di Courts Mammoth ke, pasar raya AEON ke etc. 

TAOTAUAJER - Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untuk membeli dahan yang berukir kalima...

TAOTAUAJER - Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untuk membeli dahan yang berukir kalimah Allah.


Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.


“Dahan itu dijual SR5 juta (RM440 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah. - Emirates


TAOTAUAJER - Kapal Layar Quattroelle dibina untuk pemilik yang berpengalaman yang memerlukan kapal layar mewah yang menggabungkan reka bent...

TAOTAUAJER - Kapal Layar Quattroelle dibina untuk pemilik yang berpengalaman yang memerlukan kapal layar mewah yang menggabungkan reka bentuk bertaraf dunia dengan keselesaan tinggi, menjaga empat L's love, life, liberty and luxury menajadi tujuan utama dalam pembinaannya. Tapi tahukah anda? Kapal ini jika ingin di sewa ianya begitu mahal dengan harga 1.3 JUTA USD seminggu, mampu kah anda? disini kita mampu lihat jer.... jom kita saksikan gambar-gambar di bawah ini..

SUMBER : yachtcharterfleet.com

TAOTAUAJER : Perghh.. memang mewah , rekaan dalaman dan luaran yang sangat cantik. Ada pulak di bahagian bawah kapal tersebut seperti garage bot-bot kecil pulak. Memang serba sebi lengkap. - Koleksi Mewah