Showing posts with label Sejarah. Show all posts

TAOTAUAJER -  Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia ...

TAOTAUAJER -  Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi.


Seluruh dunia mengetahui kisah tenggelamnya kapal Titanic yang sangat tragis. Selain itu, pelbagai novel telah menceritakan kisah memilukan dalam tragedi tersebut bahkan telah difilemkan.

Terdapat juga sebuah lagu yang menjadi kegemaran seluruh dunia dan dijadikan sebagai sound track filem berkenaan. Tetapi, tahukan kita apa sebenarnya penyebab Titanic tenggelam ke dasar lautan dalam?

Namun begitu alangkah sungguh menakjubkan apabila mengetahui maksud yang terkandung dalam surah Yassin yang sering kita baca sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan kisah kapal Titanic yang telah tenggelam kira-kira 101 tahun yang lalu (1912 – 2013).

Kapal Titanic tenggelam pada 14 April 1912 dalam tempoh kurang 3 jam selepas terlanggar bongkah ais gergasi, punca utama yang menyebabkan Titanic terputus dua sebelum ianya hilang dari pandangan serta mengorbankan 1517 mangsa.

Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud ‘dewa jahat perkasa’ , menelan kos lebih $USD7juta (pada masa itu).

Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.

Bayangkan 3 tahun untuk disiapkan, namun mengambil masa 3 jam sahaja untuk tenggelam!


Joseph Bruce Ismay , pemilik kapal mewah ini pernah mengeluarkan kenyataan angkuhnya iaitu

‘Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya..”

Kata-kata ini sudah cukup menunjukkan betapa megahnya pemilik kapal Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya iaitu kira-kira beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan.

Kapten Edward J.Smith

Tidak cukup dengan itu ditambah pula kenyataan kapten Edward J.Smith yang dilantik sebagai nakhoda yang bakal menerajui pelayaran sulung gergasi laut itu, kapal penumpang paling besar, paling mewah, paling canggih di zamannya....


“Sepanjang 40 tahun pengalaman aku dalam bidang pelayaran, bermacam cabaran dilalui, pelbagai keadaan cuaca dan ribut telah dirempuh, aku berjaya elakkan segala kemalangan, kerana aku adalah yang terbaik dan tidak pernah gagal dalam setiap misi perjalanan…”

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.


Ucaplah, SUBHANALLAH!

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 40 hingga ayat ke 43 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Kapal ini digambarkan penuh muatan mungkin seperti kapalnya Nabi Nuh A.S. Untuk Kapal Titanic, Allah SWT ternyata berkehendak, “Kami tenggelamkan mereka”, maka tenggelamlah kapal Titanic beserta sebagian besar penumpangnya. Tetapi Allah juga berkehendak, “Kami selamatkan mereka”, sehingga ada juga penumpang yang selamat yaitu sebagian besar wanita dan anak-anak

ALLAHUAKBAR!! SUBHANALLAH! SILA SHARE PADA KAWAN-KAWAN!

TAOTAUAJER :  Peringatan untuk kita semua dimana hanya dengan rahmat yang besar dari Allah lah kita dapat diselamatkan di darat, di udara mahupun di lautan. Mintalah pertolongan dan perlindungan hanya kepada-Nya dalam setiap perjalanan hidup, jangan lalai dari pada-Nya, jangan sombong dan bertawakal lah hanya kepada Allah SWT. Wallahualam!



TAOTAUAJER - Ternyata bahawa fakta dan rahsia disebalik pembinaan Piramid di Mesir telah terbongkar. Ramai yang beranggapan bahawa piramid...

TAOTAUAJER - Ternyata bahawa fakta dan rahsia disebalik pembinaan Piramid di Mesir telah terbongkar. Ramai yang beranggapan bahawa piramid telah dibina sewaktu pemerintahan kerajaan Firaun Khufu atau Cheops.


Namun yang sebenarnya piramid tersebut telah lama dibina berkurun oleh kerajaan yang sebelumnya. Ternyata firaun-firaun Mesir hanya membaik pulih piramid yang diwarisi oleh mereka sahaja.

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.


Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.

Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.

Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Rahsia Piramid

Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden. Lihat contoh-contoh seperti di bawah;


Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden

Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden.


Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden

Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar.

Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World’s Fair di Chicago tahun 1893.


Antenna tanpa wayar

Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah. 


Sebuah arca atau komponen mesin?

Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat.

Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat.

Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?


Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan

TAOTAUAJER :  Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah Al-Quran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya. Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja. Wallahu a’lam.


TAOTAUAJER - Tatkala negara kita dilanda musibah di beberapa negeri dinaiki air yang teruk, kita kenang kembali kisah Bah Merah dimana keja...

TAOTAUAJER - Tatkala negara kita dilanda musibah di beberapa negeri dinaiki air yang teruk, kita kenang kembali kisah Bah Merah dimana kejadian yang berlaku di Kelantan suatu masa dulu tahun 1927 dan tahun 1967 

Kisah Banjir Paling Dasyat Di Kelantan 1927, 1967, 2004

Hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan kerana turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.

Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar atau Bah Merah melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. PEGAWAI British (dari kiri) Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjir besar di Kota Bharu pada 1927.

Mengikut penduduk setempat nama Bah Merah diberikan berikutan banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur daripada bahagian hulu negeri ini. Seorang warga emas, Yahya Hassan, 90, yang masih tidak dapat melupakan kejadian banjir besar pada 1926 menceritakan warna banjir bertukar daripada warna teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian hulu sungai runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur. 

Beliau yang berasal dari Kampung Sireh, di sini, berkata, disebabkan hujan tanpa henti itu, kebanyakan tanaman penduduk kampung termasuk sireh turut musnah. "Bayangkan di Bulatan Kijang (Jalan Hamzah), air naik hingga paras lutut. Tempat itu dikira agak tinggi daripada tebing sungai. Masa itu, kawasan Masjid Jamek Muhammadi juga air terlalu deras sehingga melepasi kepala manusia. "Kelantan ini, kalau dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967. 

Pada masa itu, pakcik masih ingat memotong empat tin minyak tanah dan disambungkan dengan paku untuk dijadikan perahu. "Masa itu masih kanak-kanak, memang seronok menaiki perahu daripada tin itu mengelilingi kampung. Tidak takut pun dihanyutkan air deras," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Kubur Kuda, di sini, semalam.

Bah Merah pada kedua-dua tahun itu turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.Ketika banjir besar itu, imam tua Masjid Pasir Pekan ketika itu, Allahyarham Wan Ahmad Wan Abdullah dikatakan terlihat mimbar masjid hampir dihanyutkan arus. 

Beliau dan beberapa orang lain berjaya menyelamatkannya dan mimbar itu dibawa pulang ke Masjid Pasir Pekan, Tumpat dan digunakan hingga sekarang.Pesara Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Affandi Ahmad, 77, tidak dapat melupakan kejadian Bah Merah pada 1967 kerana kehilangan dua rakan sekerja. "Apabila air naik di Bukit Panau, Tanah Merah, kereta api tidak boleh beroperasi. Lima rakan sekerja, semuanya pemandu kereta api menaiki bot dari Kuala Krai untuk ke rumah masing-masing di kuarters Tumpat. "Setiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, bot itu terbalik akibat terlanggar tiang jambatan dan semua penumpangnya hanyut. 

"Dua dari lima rakan pakcik, Hassan Laut dan Muhamad Yatim meninggal dunia dan mayat mereka dijumpai keesokan harinya, masing-masing di Kampung Laut, Tumpat dan Kedai Buluh, Pantai Cahaya Bulan. Tiga lagi pandai berenang dan selamat," katanya yang ketika itu tinggal di kuaters kakitangan KTMB Tumpat.

Bagi ratusan penghuni rumah rakit pula di sepanjang Sungai Kelantan, pengalaman menghadapi Bah Merah pada 1967 paling mencemaskan kerana berdepan dengan arus deras, ribut dan angin kencang. Surirumah, Mek Som Ali, 68, berkata dia masih ingat arwah ibunya, Wan Mah, hampir setiap masa mengingatkannya supaya tidak keluar dari rumah kerana khuatir dihanyutkan air deras

."Makcik masih ingat, arwah ibu sering pesan, jangan keluar rumah nanti jatuh dan mati. Memanglah, ketika itu, arus sungai terlalu deras sehingga berombak-ombak seperti di tengah laut."Orang dulu lain, kita sudah siap sedia setiap kali musim tengkujuh, bekalan makanan seperti beras sudah disimpan awal-awal. 

Jadi, tiada masalah. "Bagi penghuni rumah rakit ini tiada masalah kerana rumah kami akan turut naik mengikut pergerakan air kerana diikat dengan buluh di bahagian bawah dan diikat dengan empat tali besar di pokok yang ada di tebing sungai," katanya, di sini. Mek Som berkata, jiran yang tinggal di tebing sungai, ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara kerana ketika itu tiada pusat pemindahan banjir seperti sekarang.

Pada 2004, banjir besar turut melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter. Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan. Rentetan kejadian bah besar yang kerap melanda itu menyebabkan bencana banjir musim tengkujuh sering dikaitkan dengan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.
sumber : pp-sk.blogspot.com

TAOTAUAJER -  Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasuk...

TAOTAUAJER -  Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.


Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993.

Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.

Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain.

Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.

Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia.


Pasukan Elit (Komando) Black Hawk Down

Memetik sumber dari sebuah laman UtusanOnline yang bertarikh 3 hribulan Oktober 2007, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.

Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia.

Gambar anggota ATM bersama Pasukan US di MALBAT II HQ SOMALIA

“Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.

“Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.

Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.

Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.

Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.

“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.

“Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim.

Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.

“Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut.

Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.

Menaiki

“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.

“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.

“Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.

Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak. Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.

Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki ‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.

Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut.

Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.

“Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM – konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.

“Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic.

Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.

“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.

“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.

“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,” katanya.

Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.

“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.

“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya.

Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.

Bertempur

Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap.

Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.

Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.

“Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat,” katanya.

Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.

Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.

“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan,” katanya.

Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.

“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.

“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.

“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.

“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya.

Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.

Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.



Allahyarham Koperal Mat Aznan sebelum berangkat ke Somalia


Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.

Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.


Mohd. Halim Khalid (kanan) dan Muhammad Juraimy Aripin, dua anggota Bahagian Risik Angkatan Tentera Malaysia yang pernah berkhidmat di Somalia.


Di atas keberanian luarbiasa Angkatan Tentera Malaysia, Lt. John C. Breen daripada Angkatan Tentera A.S menulis surat peribadi kepada Mejar Abdul Latif, Beliau menulis :
''There are at least 200 Americans alive today who will go home to be with their families because of the aid you provided...I would fight alongside you anywhere, anytime.''

Sijil penghargaan buat kontigen Malaysia di SOMALIA

Lintas hormat terakhir dari semua anggota PBB, utk Allahyarham Kpl Mat Aznan

Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.

Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.

TAOTAUAJER - Iktibar dari sejarah Turki Kisah Mustafa Kemal Ataturk, jasad tidak diterima bumi. Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 193...

TAOTAUAJER - Iktibar dari sejarah Turki Kisah Mustafa Kemal Ataturk, jasad tidak diterima bumi. Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.

 Kisah Mustafa Kemal Ataturk Kematian Menyiksakan & Jasad Tidak Diterima Bumi

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di bawah batu marmar.

Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui 

TAOTAUAJER : Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.


TAOTAUAJER - Wabak misteri yang pernah menggemparkan Malaysia pada AWAL tahun 1999. Seorang demi seorang penduduk Kampung Sungai Nipah, Neg...

TAOTAUAJER - Wabak misteri yang pernah menggemparkan Malaysia pada AWAL tahun 1999. Seorang demi seorang penduduk Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan mula jatuh sakit dan mati tanpa sebarang penjelasan.


Satu wabak misteri mula menyerang kampung itu dan merebak ke kampung berdekatan termasuk Kampung Bukit Pelanduk.

Kawasan dihuni masyarakat majmuk yang hidup penuh harmoni itu kini diselubungi panik, kekecohan dan bunyi tangisan penduduk yang meratapi kematian ahli keluarga dan jiran mereka setiap hari.

“Mereka genggam tangan saya dan kata ‘Manikam, saya pasti mati’. Memang sedih. Satu hospital penuh orang kita.”

Ketua Kampung Bukit Pelanduk, Manikam Nagamalay ditemui Sinar Harian baru-baru ini menceritakan semula detik itu.

Walaupun sudah 15 tahun berlalu, wabak virus Nipah masih segar dalam ingatan penduduk kampung terlibat.

Manikam yang baru dua tahun menjadi ketua kampung waktu itu menyifatkannya sejarah terburuk dalam hidup.

“Sekarang pun boleh menangis, macam terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata akhir diucapkan penduduk kampung semasa saya melawat di hospital,” kata Manikam.

Manikam berkata, kebanyakan penduduk mulanya mengalami sakit kepala, kemudian merebak ke belakang leher sebelum demam dan meninggal dunia, hanya dalam tiga atau empat hari.

Pegawai Kementerian Kesihatan kemudian datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk bagi menghentikan penyebaran virus yang disangka JE itu.

“Tak cukup alat sembur (dibawa kerajaan), kami beli sendiri. Ada pemilik kandang khinzir beli ubat lebih mahal supaya lebih berkesan. Nyamuk semua mati. Tetapi lepas itu, khinzir semua masih sakit dan mula mati,” katanya.

Katanya, seluruh kampung mula panik.

“Kami tak tahu apa nak buat, ke mana nak pergi. Kedai semua tutup,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga memberi suntikan vaksin JE kepada penduduk.

“Selepas setengah bulan kejadian bermula, ada media antarabangsa datang buat liputan, mereka kata virus ini boleh kena semua orang, semua akan mati kalau tak keluar dari kampung ini,” katanya.

Sejurus amaran itu sampai ke telinga penduduk kampung, kebanyakan mereka terus berpindah keluar.

Katanya, terdapat 42 keluarga ditempatkan di Hospital Port Dickson (kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Port Dickson) sebagai pusat perlindungan sementara manakala penduduk lain berpindah ke rumah sanak saudara di negeri atau daerah berbeza.

Manikam yang turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa krisis itu terpaksa tidur dalam kereta selama sebulan di pekarangan Hospital Port Dickson kerana perlu bersedia untuk membawa penduduk ke Hospital Seremban menggunakan keretanya sendiri jika mereka mula jatuh sakit.

Katanya, selepas semburan ubat nyamuk tidak berkesan, askar mula masuk ke kampung itu untuk menghapuskan ratusan ribu khinzir.

“Semua khinzir di kampung ini ditembak mati oleh tentera dan ditanam dalam lubang besar yang dikorek berdekatan setiap kandang. Tapi tak dapat tembak semua khinzir kerana terlalu banyak. Ada yang mati dalam kandang sebab tak dapat makanan atau sakit,” ceritanya.

Menurutnya, selepas lebih tiga bulan kampung itu sunyi tanpa penghuni, penduduk mula kembali namun dengan hati yang tidak tenang kerana takut virus itu kembali.

“Hari pertama saya kembali ke kampung ini, saya terkejut tengok ada seekor khinzir sedang merayau di tengah jalan. Saya cepat-cepat panggil askar untuk tembak khinzir itu,” katanya.

Menurutnya, sepanjang krisis itu, penduduk mendapat bantuan daripada kerajaan serta banyak pertubuhan lain.

Namun, bagi Manikam, pertolongan terbesar yang diterima penduduk kampung itu adalah daripada Tuhan.

“Masa itu musim panas luar biasa, lebih kurang enam bulan tak ada hujan, selalunya tidak begitu. Memang Tuhan tolong kita. Kalau hujan semasa wabak itu berlaku, mungkin kampung ini tidak dapat dimasuki semula sampai bila-bila kerana air yang mengalir daripada lubang di mana khinzir ditanam akan cemarkan segala-galanya,” katanya.

Wabak itu mengubah sama sekali kehidupan di kampung tersebut.

Menurut Manikam, disebabkan kerajaan menghalang penternakan khinzir di kawasan itu, penduduk bertukar kepada penanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing serta keluar mencari kerja di tempat lain.

“Kalau boleh nak lupa terus, tak mahu ingat lagi,” katanya apabila ditanya sama ada penduduk kampungnya masih bercakap mengenai virus Nipah.                                                                           sumber : Sinar Harian


TAOTAUAJER - Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad ra...

TAOTAUAJER - Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?


Berikut adalah perkongsian dari Facebook tentang isu ini:


Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah. 
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..

Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. Wallahualam…

Kebenarannya adalah ....


This is a fake one circulated by the Shi’ahs… Actually this brick was placed by the Turks in the remembrance of the incident when ppl came to Syedatuna Ayesha and requested her to pray for the Rain. She advised to remove the brick or the leaves or whatever was on the roof right above the Blessed Qabar Sharif of Syeduna Rasoolullah Sallallaho Alaihi wa Sallam through which ALLAH Kareem will bless us the Rain! Her advised was implemented and it start raining. So this brick is said to be right above the Qabar Sharif!!
ALLAH and His Habeeb Knows and Best!!

TAOTAUAJER : Di harap agar sesuatu perkara itu diselidik dahulu sebelum disebarkan. Mari sebarkan kebenaran yang dimana kita sering di selubungi dengan penipuan.. sharekan info ini kepada rakan-rakan anda.


TAOTAUAJER - Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini mer...

TAOTAUAJER - Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya..


Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.



Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..

Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.


Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaj bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.


Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Informasi dari Al Quran

Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.


Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).

TAOTAUAJER : Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….