Showing posts with label Terkini. Show all posts

TAOTAUAJER - Trend kecantikan masa kini menjadi semakin ekstrem apabila seorang wanita sanggup mengambil risiko asalkan dapat tampil menarik...

TAOTAUAJER - Trend kecantikan masa kini menjadi semakin ekstrem apabila seorang wanita sanggup mengambil risiko asalkan dapat tampil menarik, apabila bertindak nekad meletakkan logam platinum di dalam matanya. Jom kita lihat...


Difahamkan, Kristina Kovalevskya merupakan wanita pertama dari bandar raya ini, menemui Dr. Emil Chynn dari Park Avenue Laser Vision untuk memasukkan logam platinum berbentuk hati berukuran 3.5 milimeter di bahagian mata putihnya. "Saya sukakan cabaran dan mahu objek ini berada di dalam mata saya untuk jangka masa yang lama. Namun begitu, saya ada merancang untuk menukarnya kepada bentuk lain yang lebih menarik,’’ jelasnya, sambil menambah kos keseluruhan pembedahan menelan belanja AS$3,000 (RM 9,851.82).



Menurut Dr. Chynn prosedur perhiasan mata sudah dijalankan beribu-ribu kali di Eropah dan Los Angeles, namun tidak di New York, dan Kovalevskya merupakan pelanggan pertamanya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Jelasnya, proses pemasangan platinum itu dimulakan dengan menyuntik anestetik yang sering digunakan dalam dunia perubatan, sebelum membuat hirisan kecil di bahagian mata untuk membentuk ruang bagi meletakkan platinum itu. "Selepas membuat hirisan, platinum tersebut dimasukkan dan tiada sebarang jahitan dilakukan kerana hirisan itu akan bersambung secara semulajadi dalam tempoh masa tiga hari,’’ ujarnya lagi.

Walaupun kelihatan seperti mengerikan, Dr. Chynn menegaskan bahawa kaedah pembedahan yang dicipta oleh seorang pakar mata dari Belanda pada tahun 2004 itu adalah selamat. Bagaimanapun, Agensi Dadah dan Makanan (FDA) masih lagi belum meluluskan prosedur pembedahan berkenaan, sambil American Academy of Ophthalmology memberi amaran kepada pengguna akan bahaya yang bakal menimpa mereka jika melakukan pembedahan tersebut. Akademi itu dalam satu kenyataan kepada rangkaian televisyen Fox 5 memberitahu, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh yang dapat menyokong kesahihan bahawa pembedahan tersebut adalah selamat. -AFP


Sama-sama kita saksikan bagaimana pemasangan trend tebaru nie...

 SUMBER : Utusan, Dailymail

TAOTAUAJER : Amacam cantik? rasa macam tak cantik jer... yang natural Allah dah bagi itu adalah yang terindah. Skiranya terdapat komplikasi pada pembedahan tersebt alamatnyer boleh buta pulak jadinyer. Kan dah hilang pulak satu nikmat pancaindera. Bersyukurlah dengan apa yang telah di anugerahkan kepada kita. 


TAOTAUAJER - Hari ini sudah masuk hari ker 5 pesawat MH370 hilang dan kerja-kerja SAR masih dilakukan bagi menjejaki pesawat tersebut. Pene...

TAOTAUAJER - Hari ini sudah masuk hari ker 5 pesawat MH370 hilang dan kerja-kerja SAR masih dilakukan bagi menjejaki pesawat tersebut. Penemuan terbaru dikatakan satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai port dickson, semalam.


Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.

Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.



"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.

sumber : Harian Metro

TAOTAUAJER : Dengan penemuan bot rakit ini semoga kita semakin hampir dengan penemuan pesawat MH370 yang hilang. Tapi yang menjadi tanda tanya semalam dilaporkan di Pulau Perak la nie kat Port Dickson pulak.. Ape pun semoga mereka semua cepat di temui, insyalah.. sama-sama kita doakan buat mereka semua PRAY OFR #MH370 - TRAGEDI MH370


TAOTAUAJER - Satu berita yang terbaru tentang Pesawat MH370 , dimana satu berita yang belum disahkan lagi kebenarannya mengatakan Pesawat ...

TAOTAUAJER - Satu berita yang terbaru tentang Pesawat MH370 , dimana satu berita yang belum disahkan lagi kebenarannya mengatakan Pesawat MH370 yang hilang selama 17 jam telah berjaya dikesan.

Gambaran contoh sekiranya kapal terbang mendarat cemas di atas laut

Pesawat MH370 itu dikatakan telah berjaya dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina, dimana ia dijumpai pada koordinat 065515, 1033443 oleh pasukan penyelamat Filipina.

Difahamkan juga katanya keadaan pesawat MH370 agak teruk semasa dikesan tetapi tidak hancur sepnuhnya. Hampir keseluruhan badan pesawat MH370 telah ditenggelami air manakala bahagian belakang kapal sahaja yang timbul.

Puluhan mangsa yang berada di dalam pesawat MH370 telah berkumpul di bahagian belakang pesawat MH370 dan dilaporkan masih hidup.

Setakat ini Malaysia, China, Indonesia, Vietnam, Singapore dan Filipina sedang menuju ke lokasi kejadian ini.
SUMBER : katakcomel.my


TAOTAUAJER : Apakah khabar angin ini benar? Ada macam pelik jer... kalau baru di kesan, amacam pulak boleh tahu mangsa berkumpul di belakang pesawat dan bukannya beratus tetapi puluhan.. dan yang di laporkan masih hidup itu adalah 'puluhan'.. macam ada yang sudah mengira pulak berapa yang hidup... macam tak berapa nak logik jer.

Semoga apa yang di sampaikan ini adalah benar dan alhamdulillah la kalau semua nyer selamat. Apa-apa pun kita nantikan laporan Rasmi berkaitan penemuan ini.SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR SEMUA KREW DAN PENUMPANG SELAMAT. Pray For MH370 - TRAGEDI MH370

TAOTAUAJER - Sehingga kini sudah 2 hari kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sebelum ini kita di beritakan akan penemuan tumpahan mi...

TAOTAUAJER - Sehingga kini sudah 2 hari kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sebelum ini kita di beritakan akan penemuan tumpahan minyak di lautan, kini di laporkan pula oleh Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China apabila menjumpai serpihan pesawat dikatakan milik Malaysia Airlines yang hilang.


Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.


“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.


Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
sumber : Astroawani

TAOTAUAJER : Diharapkan selepas ini banyak berita susulan tentang pesawat yang hilang. - TRAGEDI MH370