Showing posts with label dahsyat. Show all posts

TAOTAUAJER - Tatkala negara kita dilanda musibah di beberapa negeri dinaiki air yang teruk, kita kenang kembali kisah Bah Merah dimana keja...

TAOTAUAJER - Tatkala negara kita dilanda musibah di beberapa negeri dinaiki air yang teruk, kita kenang kembali kisah Bah Merah dimana kejadian yang berlaku di Kelantan suatu masa dulu tahun 1927 dan tahun 1967 

Kisah Banjir Paling Dasyat Di Kelantan 1927, 1967, 2004

Hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan kerana turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.

Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar atau Bah Merah melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. PEGAWAI British (dari kiri) Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjir besar di Kota Bharu pada 1927.

Mengikut penduduk setempat nama Bah Merah diberikan berikutan banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur daripada bahagian hulu negeri ini. Seorang warga emas, Yahya Hassan, 90, yang masih tidak dapat melupakan kejadian banjir besar pada 1926 menceritakan warna banjir bertukar daripada warna teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian hulu sungai runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur. 

Beliau yang berasal dari Kampung Sireh, di sini, berkata, disebabkan hujan tanpa henti itu, kebanyakan tanaman penduduk kampung termasuk sireh turut musnah. "Bayangkan di Bulatan Kijang (Jalan Hamzah), air naik hingga paras lutut. Tempat itu dikira agak tinggi daripada tebing sungai. Masa itu, kawasan Masjid Jamek Muhammadi juga air terlalu deras sehingga melepasi kepala manusia. "Kelantan ini, kalau dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967. 

Pada masa itu, pakcik masih ingat memotong empat tin minyak tanah dan disambungkan dengan paku untuk dijadikan perahu. "Masa itu masih kanak-kanak, memang seronok menaiki perahu daripada tin itu mengelilingi kampung. Tidak takut pun dihanyutkan air deras," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Kubur Kuda, di sini, semalam.

Bah Merah pada kedua-dua tahun itu turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.Ketika banjir besar itu, imam tua Masjid Pasir Pekan ketika itu, Allahyarham Wan Ahmad Wan Abdullah dikatakan terlihat mimbar masjid hampir dihanyutkan arus. 

Beliau dan beberapa orang lain berjaya menyelamatkannya dan mimbar itu dibawa pulang ke Masjid Pasir Pekan, Tumpat dan digunakan hingga sekarang.Pesara Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Affandi Ahmad, 77, tidak dapat melupakan kejadian Bah Merah pada 1967 kerana kehilangan dua rakan sekerja. "Apabila air naik di Bukit Panau, Tanah Merah, kereta api tidak boleh beroperasi. Lima rakan sekerja, semuanya pemandu kereta api menaiki bot dari Kuala Krai untuk ke rumah masing-masing di kuarters Tumpat. "Setiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, bot itu terbalik akibat terlanggar tiang jambatan dan semua penumpangnya hanyut. 

"Dua dari lima rakan pakcik, Hassan Laut dan Muhamad Yatim meninggal dunia dan mayat mereka dijumpai keesokan harinya, masing-masing di Kampung Laut, Tumpat dan Kedai Buluh, Pantai Cahaya Bulan. Tiga lagi pandai berenang dan selamat," katanya yang ketika itu tinggal di kuaters kakitangan KTMB Tumpat.

Bagi ratusan penghuni rumah rakit pula di sepanjang Sungai Kelantan, pengalaman menghadapi Bah Merah pada 1967 paling mencemaskan kerana berdepan dengan arus deras, ribut dan angin kencang. Surirumah, Mek Som Ali, 68, berkata dia masih ingat arwah ibunya, Wan Mah, hampir setiap masa mengingatkannya supaya tidak keluar dari rumah kerana khuatir dihanyutkan air deras

."Makcik masih ingat, arwah ibu sering pesan, jangan keluar rumah nanti jatuh dan mati. Memanglah, ketika itu, arus sungai terlalu deras sehingga berombak-ombak seperti di tengah laut."Orang dulu lain, kita sudah siap sedia setiap kali musim tengkujuh, bekalan makanan seperti beras sudah disimpan awal-awal. 

Jadi, tiada masalah. "Bagi penghuni rumah rakit ini tiada masalah kerana rumah kami akan turut naik mengikut pergerakan air kerana diikat dengan buluh di bahagian bawah dan diikat dengan empat tali besar di pokok yang ada di tebing sungai," katanya, di sini. Mek Som berkata, jiran yang tinggal di tebing sungai, ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara kerana ketika itu tiada pusat pemindahan banjir seperti sekarang.

Pada 2004, banjir besar turut melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter. Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan. Rentetan kejadian bah besar yang kerap melanda itu menyebabkan bencana banjir musim tengkujuh sering dikaitkan dengan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.
sumber : pp-sk.blogspot.com

TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri telah berlaku petang 24 Disember di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana t...

TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri telah berlaku petang 24 Disember di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan 6 orang ahi keluarnya yang lain.


Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.


Menurut saksi yang nama dirahsiakan letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah tersebut. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 3 org maut dan merosakan  rumah berhampiran.

10 BUAH RUMAH KEROSAKAN TERUK
34 BUAH RUMAH ROSAK AKIBAT GEGARAN
JUMLAH KESELURUHAN RUMAH TERLIBAT= 44 BUAH RUMAH


MANGSA :

MATI

1 LELAKI DEWASA
1 KANAK-KANAK PEREMPUAN
1 KANAK-KANAK LELAKI ( MATI DI HOSPITAL)

CEDERA

2 WANITA DEWASA CEDERA PARAH (ZON MERAH)
2 KANAK-KANAK LELAKI CEDERA (ZON KUNING)

Kebanyakan mereka yang maut tidak dapat dikenal pasti kerana hancur. Selepas kejadian orang ramai dilihat telah bertungkus lumus memungut serpihan mayat. 


Bagaimanapun pihak bomba menafikan letupan ini berpunca dari bom dan sebaliknya mengatakan ia berpunca dari letupan tong gas dan bekata hanya 3 orang mangsa maut dan yang lain cedera.

Munurut pihak bomba setibanya mereka di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dipercayai kerana letupan gas dibahagian dapur.

Ia telah menyebabkan strutur rumah runtuh dan merosakakan 8 buah rumah berhampiran dan menurut mereka siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika ada punca lain

TAOTAUAJER - Terkesima tatkala melihat video ngeri bekas jahitan yang terbuka secara tiba-tiba hingga menampakkan organ dalaman manusia se...

TAOTAUAJER - Terkesima tatkala melihat video ngeri bekas jahitan yang terbuka secara tiba-tiba hingga menampakkan organ dalaman manusia seperti jantung ini.

VIDEO Bekas Jahitan Terbuka Menampakkan Jantung

Perkara sebegini boleh dikatakan acap kali dilihat oleh insan yang bergelar doktor. Namun, untuk manusia biasa, video ini sememangnya amat ngeri lagi menakutkan.

Video yang dimuat naik oleh laman LiveLeak ini terus menjadi viral seluruh dunia dan diperkatakan di media-media sosial.

Meskipun, keadaan ini nampak mengerikan tetapi pemilik badan dalam video tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda sedang menderita kesakitan.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut dengan selamba masih boleh bersembang sambil bekas jahitan yang terbuka itu menunjukkan jantungnya yang sedang kembang dan kempis. 


TAOTAUAJER - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad meletupkan diri mereka manakala beb...

TAOTAUAJER - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad meletupkan diri mereka manakala beberapa lelaki senjata melepaskan tembakan semasa solat Jumaat di sebuah masjid di Kano, Nigeria.


Serangan terhadap Masjid Besar di Kano, bandaraya di kawasan majoriti penduduk Islam di utara negara itu, dilancarkan ketika solat Jumaat bermula.

Masjid itu bersambung dengan istana Emir Kano, Muhammad Sanusi II, ulama kedua paling kanan di Nigeria. Minggu lalu, beliau menggesa orang awam memerangi Boko Haram.

Letupan itu berlaku selepas serangan bom terhadap sebuah lagi masjid di bandaraya Maiduguri dipatahkan, lima hari selepas pengebom nekad membunuh lebih 45 orang.

Jurucakap polis kebangsaan, Emmanuel Ojukwu memberitahu AFP bahawa pengebom nekad berkenaan meletupkan diri secara berturut-turut sebelum "beberapa lelaki bersenjata menembak mereka yang cuba melarikan diri".



Ojukwu berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pengebom nekad berkenaan lelaki atau wanita selepas beberapa serangan membabitkan pengebom nekad wanita sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang berang dengan serangan itu membunuh empat penembak dalam kekecohan yang menyusul. Saksi menyatakan penembak terbabit dibakar.

Minggu lalu, Emir Kano memberitahu jemaah masjid sama bahawa mereka patut mengangkat senjata memerangi Boko Haram.

Beliau juga menyatakan keraguan dengan kemampuan tentera Nigeria melindungi orang awam dan menamatkan darurat itu. - AFP/BH 


TAOTAUAJER - Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulilah Rahmat kali ini tao masih lagi berkesempatan untuk kongsikan info-info bermanfaat untuk...

TAOTAUAJER - Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulilah Rahmat kali ini tao masih lagi berkesempatan untuk kongsikan info-info bermanfaat untuk korang semua. Dengan khalimah Bismillah tao nak kongsikan info berkaitan khalimah ini dimana tanpa kita sedari di sebalik  kata Bismillah Tersimpan suatu Kegunaan yang Dahsyat didalamnya.
Betapa menakjubkanya Kata kata Bismillah yang bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Antara kelebihan-kelebihan Bismillah ialah :

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah S.W.T. turunkan melalui pengantaraan Jibrail.

2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri keberkatan ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ( بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ) ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas‘ud berkata : "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan
terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.

13. Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.

15. Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.

16. Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.

17. Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca BISMILLAH apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.


TAOTAUAJER - Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut ter...

TAOTAUAJER - Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut terbakar kena petir...itulah kekuasaan Allah saksikan videonya di bawah ini...


Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US . Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepakan tangan seolah-olah berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.  


Namun Akhirnya pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.


Sama-sama kita saksikan video ini.. 


Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.


*~*{ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين }*~*

*~*{ سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك أللهم وأتوب إليك }*~*


Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna)

















TAOTAUAJER - Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di  perlabuhan Klang, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, ...

TAOTAUAJER - Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di  perlabuhan Klang, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi.


Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Lee Fu Hae, berkata dalam tempoh hanya 30 minit beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan, termasuk pokok tumbang dan rumah rosak.

ribut puting beliung pandamaran klang
ribut puting beliung pandamaran klang
ribut puting beliung pandamaran klang
ribut puting beliung pandamaran klang

Katanya, ribut berkenaan kelihatan seperti puting beliung kecil sehingga kekuatannya menerbangkan atap rumah di bangunan tinggi.

Saksikan videonya disini


TAOTAUAJER : Subhanallah... memang dahsyat habis bumbung-bumbung kalau tak silap berterbangan...







TAOTAUAJER - KECOH dalam internet hari ini mengenai berita seorang isteri yang dikatakan telah bertindak kejam memotong kemaluan suaminya s...

TAOTAUAJER - KECOH dalam internet hari ini mengenai berita seorang isteri yang dikatakan telah bertindak kejam memotong kemaluan suaminya selepas mendapat khabar bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi.


Difahamkan suspek bertindak demikian ketika suaminya sedang tidur. Menurut sumber, lelaki tersebut kini ditempatkan di HUSM, Kubang Krian, Kelantan.

Pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan mangsa. Namun sehingga kini belum mana-mana pihak yang mengesahkan kejadian tersebut
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Tak pe.. nanti ade la keluar cerita yang sebenar, kalau tak silap tao ada jugak ternampak orang post zakar kena potong, tapi tak pasti la pulak pasal kes nie.. so ignore jer. Tapi bila dah tahu akan kes ini memang giller la perempuan tu berani kasi potong. - Koleks Ngeri


TAOTAUAJER - Owhh.. ini memang kejam, kejadian yang berlaku di Manila, Filipina apabila seorang pembantu rumah Filipina parah selepas dider...

TAOTAUAJER - Owhh.. ini memang kejam, kejadian yang berlaku di Manila, Filipina apabila seorang pembantu rumah Filipina parah selepas didera majikan hanya kerana secawan kopi.


Fatma, 23, melecur teruk di badan dan kaki selepas disimbah air panas oleh majikannya, warga Arab Saudi di Riyadh. Mangsa kemudiannya ditinggalkan enam jam dalam keadaan parah sebelum menerima rawatan.


Ketika di hospital, mangsa meminta menghubungi sepupunya bagi mendapatkan pertolongan daripada Kedutaan Filipina. Sejurus sepupunya tiba, dia memuat naik gambar kecederaan mangsa ke laman Facebook hingga mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Difahamkan, Fatma juga mendakwa tidak diberi makan dan sering dipukul oleh majikannya, dipetik dari laporan ABS-CBN News.

TAOTAUAJER : Giller ah.. oleh kerana secawan kopi , tak pasal-pasal terpaksa mengharungi kesakitan melecur di simbah air panas. Kejam..kejam... tak sangka kejam sungguh warga Arab Saudi.


TAOTAUAJER - Astagfirullah.. sungguh menyayat hati apabila satu kejadian kemalangan yang berlaku di sabah melibatkan seorang kanak-kanak t...

TAOTAUAJER - Astagfirullah.. sungguh menyayat hati apabila satu kejadian kemalangan yang berlaku di sabah melibatkan seorang kanak-kanak tadika balik dari sekolah.


Difahamkan kanak-kanak tersebut menaiki motor bersama ayahnya. Ayahnya letak anak dibelakang, anak dia tertidur ketika dalam perjalanan. Sedia maklum janganlah letak anak kecil dibelakang ketika menaiki motor.