Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

TAOTAUAJER - Sebelum ini, tindakan pengacara televisyen paling popular 2014, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan pengurusnya Shawn Ame...

TAOTAUAJER - Sebelum ini, tindakan pengacara televisyen paling popular 2014, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan pengurusnya Shawn Amer sewaktu diumumkan sebagai pemenang di ABPBH telah menjadi viral di media sosial.


Tindakan Neelofa dilihat oleh ramai pihak sebagai sesuatu yang patut dilakukan dan mereka memuji sikapnya itu. Namun ada juga yang mengeji dan menganggap Neelofa menunjuk alim. Melalui Harian Metro, wanita itu memberitahu dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian umum:

Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula. Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu.

Tambah Neelofa, dia belajar dari kesilapan sewaktu Anugerah MeleTop, baru-baru ini:
Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa Neelofa bersalaman pula dengan pengarah telefilem popular Michael Ang, namun Neelofa mmengakui mungkin terdapat kecuaian di pihaknya:
Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang.


Aksi Neelofa tolak bersalaman dengan lelaki di ABPBH semalam :)
Aksi Neelofa tolak bersalaman dengan lelaki di ABPBH semalam :)


Okaylah tu sebagai permulaan, ya tak? Sekarang satu Malaysia tahu Neelofa tidak mahu bersalaman dengan bukan mahram dan mereka pastinya tidak akan menghulurkan tangan lagi untuk bersalam dengannya. Bersama kita semua memperbaiki diri kita selepas ini, Insha-Allah.  


TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir ...

TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir semua kedai handphone di kawasan mereka tidak menjual kad prabayar tambah nilai. Kenapa?


Nak tahu kenapa ? cari jawapannya dari gambar di bawah ini:


Sebelum ini, menteri di jabatan perdana menteri ada mengatakan bahawa harga top up kekal. Namun, lain pula yang berlaku sekarang.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka kepada menteri berkenaan. Apa-apapun, teruskan menikmati hidup anda dan ingatlah ada kuasa di atas dari yang teratas.

TAOTAUAJER - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh telah tampil menjawab mengenai sekeping gambar terbaru kubur arwah Tuan Guru Nik Ab...

TAOTAUAJER - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh telah tampil menjawab mengenai sekeping gambar terbaru kubur arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar dilaman sosial telah dipagar dengan pagar besi tertutup.


Nik Abduh yang juga merupakan anak TGNA telah memberitahu pagar besi tertutup itu dibina tanpa pengetahuan keluarganya.

"Binaan tersebut mungkin dibina oleh penduduk kampung dan anak murid Arwah bapa saya tetapi ia dibina tanpa pengetahuan ahli keluarga kami."

“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'," katanya.

Justeru, beliau menyatakan pihak keluarganya tidak bersetuju dengan pembinaan pagar tersebut dan bersepakat ia hanya diletakkan dengan status sementara atas tujuan maslahat.

“Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas.

“Pagar tersebut akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” tulis Nik Abduh di laman sosial Facebooknya, semalam.

Tegasnya Nik Abduh kubur al Marhum ayahandanya itu rahimahullah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan.


TAOTAUAJER - Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia, SAR, mengesahkah bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat ...

TAOTAUAJER - Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia, SAR, mengesahkah bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat Geo Survey adalah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu. 


Detik.com melaporkan bahawa Ketua BASARNAS Bambang Soelistyo dalam satu sidang media pada Rabu berkata huruf A,X dan tulisan ‘Air’ pada objek ditemui menyakinkan BASARNAS bahawa ia adalah serpihan ekor pesawat.

“Saya diberitahu pada jam 10 pagi kemudian saya mengarahkan mereka untuk ambil foto serpihan berkenaan. 10:30 pagi laporan dan gambar tiba. "Hasilnya, kita dapati ada tulisan A,X dan tulisan ‘Air’. Dapat saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat”, kata Bambang di ibu pejabat BASARNAS di Jakarta Pusat pada Rabu.


Dalam sidang media tersebut, Bambang turut menunjukkan foto objek yang ditemui serta perbandingan dengan pesawat sebenar AirAsia. Foto objek tersebut dirakam oleh penyelam SAR dari kapal GeoSurvey yang menemuinya pada jam 5 pagi. Ia berukuran panjang 10 meter, lebar lima meter dan tinggi tiga meter. Posisinya dilaporkan menjunam ke laut. Metro TV Indonesia turut menyiarkan gambar yang dikatakan ekor pesawat terbabit. -Awani


TAOTAUAJER - Kita baru jer dikejutkan dengan berita penemuan mangsa pesawat QZ8501   yang hilang beberapa hari lepas... hari ini kita digem...

TAOTAUAJER - Kita baru jer dikejutkan dengan berita penemuan mangsa pesawat QZ8501 yang hilang beberapa hari lepas... hari ini kita digemparkan pulak dengan berita insiden terkini yang melibatkan sebuah lagi pesawat milik Airasia.


Iaitu Pesawat Z2272 Airbus A320 yang tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kalibo, Filipina. Kejadian itu disahkan oleh laman web penerbangan terkenal Flighradar24.com melalui twitter.


Penerbangan Z2272 itu berlepas dari Manila pada 7.10 malam waktu tempatan. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Berikut adalah gambar-gambar (Sumber Fligthradar24, @Jetdsantos):

TAOTAUAJER - Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawa...

TAOTAUAJER - Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.


Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.

Anggota pasukan Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) dilihat diturunkan dari helikopter untuk mengambil mayat berkenaan yang berupa seorang lelaki.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat di perairan Selat Karimata. 6 Mayat ditemui, 3 mayat sudah dievakuasi.

"Ada lebih dari satu mayat yang ditemukan," kata Kabasarnas Marsekal Madya FHB Soelistyo ketika dihubungi media.


Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan esok ke lokasi pencarian.

Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.

Pesawat Airbus A320-200 dikendalikan oleh syarikat penerbangan AirAsia Indonesia ketika hilang sedang dalam penerbangan ke Singpura dari Surabaya, membawa bersama 162 orang.

Hari ini telah masuk hari ketiga pesawat berkenaan hilang selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad. 
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Salam Takziah dan sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa Air-Asia...


TAOTAUAJER - Pangkalan Bun: Beberapa bahagian pesawat termasuk pintu pesawat dikesan ketika pencarian melalui udara, lapor AFP. "Kami...

TAOTAUAJER - Pangkalan Bun: Beberapa bahagian pesawat termasuk pintu pesawat dikesan ketika pencarian melalui udara, lapor AFP.


"Kami mengesan kira - kira 10 objek besar dan beberapa objek kecil berwarna putih," kata Marsekal Muda Tentera Udara Indonesia Agus Dwi Putranto.


Menurutnya, lokasinya adalah 10 kilometer daripada lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan radar di sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung," katanya.

Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun,” kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.


Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI),” katanya.

GAMBAR Korban AirAsia QZ8501, Tim SAR Temukan Korban AirAsia QZ8501, GAMBAR MAYAT PENUMPANG PEWASAT AIR ASIA QZ8501

Petugas menunjukkan gambar serpihan diduga PESAWAT QZ8501yang ditemukan di perairan selatan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Beliau turut menunjukkan 10 keping gambar yang menunjukkan sebuah pintu pesawat, peluncur keselamatan pesawat dan objek berbentuk segi empat tepat.

Seorang jurukamera AFP yang berada dalam pesawat yang sama memaklumkan dia melihat beberapa objek berbentuk rakit keselamatan, jaket keselamatan dan beberapa tiub panjang berwarna oren.

Manakala Pasukan tentera udara Indonesia melaporkan menemui objek yang dipercayai tubuh manusia di kawasan perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat - Detik News

Gambar yang dipercayai tubuh mangs pesawat QZ8501

TAOTAUAJER : Bersama kita doakan kesemua penumpang dan anak kapal.‪#‎prayforQZ8501‬ nantikan lagi update yang bakal menyusul...


TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu, semalam pagi kita dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 dimana berlepas dar...

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu, semalam pagi kita dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 dimana berlepas dari indonesia ke singapura.


Disini terdapat 10 Fakta berkaitan pesawat QZ8501 AirAsia gang hilang :

1. Pesawat jenis AIrbus A320 AirAsia Indonesia, QZ8501 dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, membawa seramai 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak, 1 bayi, 4 anak kapal dan 2 juruterbang.

2. Pesawat QZ8501 memulakan penerbangan pada jam 5.20 pagi terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7.24 dan dilaporkan sepatutnya tiba di destinasi pada jam 8.20 pagi.

3. Juruterbang pesawat QZ8501 sempat membuat komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi (waktu Indonesia) sebelum hilang.

4. Pesawat AirAsia QZ8501 juga sempat melaporkan akan menghindari awan-awan tebal sebelum dilaporkan hilang dari radar.

5. Cuaca buruk adalah antara faktor utama yang menyebabkan kehilangan pesawat QZ8501.

6. Kedudukan terakhir pesawat QZ8501 adalah pada ketinggian 32,000 kaki dari paras laut di Laut Jawa sebelum dilaporkan hilang.

7. Hanya ada seorang penumpang pesawat QZ8501 adalah rakyat Malaysia, seorang rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan bakinya rakyat Indonesia.

8. Ahli keluarga mangsa yang terlibat, mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya setelah mendengar berita kehilangan pesawat QZ8501.

9. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut bersimpati di atas kehilangan pesawat terbabit dan akan turut membantu Indonesia mencari pesawat berkenaan.

10. Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Pulau Belitung, Indonesia. Namun setakat ini masih belum dipastikan sama ada pesawat itu adalah pesawat QZ8501 yang dilaporkan hilang. -

SUMBER : MYMEDIAHUB


TAOTAUAJER - Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan T...

TAOTAUAJER - Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta hari ini sebagaimana dilaporkan portal berita Kompas.com.


Waktunya mengikut waktu Indonesia bahagian Barat (WIB) iaitu satu jam lewat dari waktu Malaysia.

Butiran kronologi perkembangan di Malaysia berkaitan kejadian itu pula mengikut waktu Malaysia.

- 0536 (WIB): Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki mengikuti laluan biasa Surabaya-Singapura, M635.

- 0612 (WIB): Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Jakarta dan juruterbang memohon untuk membelok ke kiri dan meningkatkan ketinggian kepada 38,000 kaki. Permintaan juruterbang dibenarkan oleh pihak ATC.

- 0616 (WIB): Pesawat masih dapat dikesan di skrin radar

- 0617 (WIB): Pesawat hanya tinggal isyarat dalam radar ATC

- 0618 (WIB): Pesawat hilang dari radar namun hanya ada data jadual penerbangan yang masih tercatat di radar.

- 0708 (WIB): Pesawat dinyatakan INCERFA, iaitu tahap awal putus hubungan. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan menghubungi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

- 0728 (WIB): Pesawat dinyatakan ALERFA, iaitu tahap berikut dalam menyatakan pesawat putus hubungan.

- 0755 (WIB): pesawat dinyatakan DETRESFA atau hilang secara rasmi.

- 1141 (waktu Malaysia): AirAsia dalam akaun twitter dan facebook rasminya mengumumkan mengenai pesawat berkenaan yang terputus hubungan dengan ATC pada 0724 (waktu Indonesia)

- 1441 (waktu Malaysia): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar di Kuala Lipis, Pahang berkata Malaysia sedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat

- 1556 (waktu Malaysia): Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang akhbar di Sepang berkata Malaysia telah mengerahkan tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules untuk membantu dalam pasukan mencari dan menyelamat pesawat AirAsia itu, yang diterajui pihak berkuasa Indonesia.

- 1743 (WIB): Setakat pukul 1700 pasukan pencarian SAR Indonesia belum dapat mengesan isyarat pesawat AirAsia QZ8501.

- 1840 (Waktu Malaysia): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur meminta anggota keluarga dan waris penumpang bersabar dan terus berdoa operasi SAR dapat diselesaikan secepat mungkin.

- 1900 (WIB): Ketua Basarnas, Soelistyo mengumumkan operasi SAR pesawat AirAsia QZ8501 dihentikan sementara kerana cuaca gelap dan akan disambung semula pagi esok.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal.

Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel.

Warganegara penumpang pesawat ialah: 155 dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, temasuk seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan satu dari United Kingdom. — BERNAMA


TAOTAUAJER :  Gambar di atas adalah gambar kapal sebenar AirAsia QZ8501 pada tahun 2012 diperoleh melalui AirTeamImages.com

TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri telah berlaku petang 24 Disember di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana t...

TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri telah berlaku petang 24 Disember di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan 6 orang ahi keluarnya yang lain.


Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.


Menurut saksi yang nama dirahsiakan letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah tersebut. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 3 org maut dan merosakan  rumah berhampiran.

10 BUAH RUMAH KEROSAKAN TERUK
34 BUAH RUMAH ROSAK AKIBAT GEGARAN
JUMLAH KESELURUHAN RUMAH TERLIBAT= 44 BUAH RUMAH


MANGSA :

MATI

1 LELAKI DEWASA
1 KANAK-KANAK PEREMPUAN
1 KANAK-KANAK LELAKI ( MATI DI HOSPITAL)

CEDERA

2 WANITA DEWASA CEDERA PARAH (ZON MERAH)
2 KANAK-KANAK LELAKI CEDERA (ZON KUNING)

Kebanyakan mereka yang maut tidak dapat dikenal pasti kerana hancur. Selepas kejadian orang ramai dilihat telah bertungkus lumus memungut serpihan mayat. 


Bagaimanapun pihak bomba menafikan letupan ini berpunca dari bom dan sebaliknya mengatakan ia berpunca dari letupan tong gas dan bekata hanya 3 orang mangsa maut dan yang lain cedera.

Munurut pihak bomba setibanya mereka di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dipercayai kerana letupan gas dibahagian dapur.

Ia telah menyebabkan strutur rumah runtuh dan merosakakan 8 buah rumah berhampiran dan menurut mereka siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika ada punca lain