Showing posts with label video CCTV. Show all posts

TAOTAUAJER -  POLIS di bandar Espanola, New Mexico berjaya merakamkan imej bergerak berwarna putih yang dipercayai 'roh' menerusi k...

TAOTAUAJER -  POLIS di bandar Espanola, New Mexico berjaya merakamkan imej bergerak berwarna putih yang dipercayai 'roh' menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di jabatan itu.


Rakaman tersebut yang diambil Sabtu lalu memperlihatkan imej berwarna putih menyerupai manusia sedang bergerak di dalam balai polis itu.

Karl Romero, seorang pegawai polis yang bertugas pada waktu itu, melihat bayangan tersebut menerusi CCTV berjalan melalui pagar penjara.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Karl bergegas melaporkan perkara itu kepada ketuanya.

"Pada awalnya, saya menyangka ia adalah lalat atau rama-rama, kemudian saya terlihat kaki dan ia menyerupai manusia. Ia bukan manusia tetapi hantu," katanya kepada sebuah stesen televisyen di Albuquerque.



TAOTAUAJER - Seekor harimau putih menerkam seorang pelajar sekolah dan membahamnya di sebuah zoo di New Delhi semalam.  Menurut laopran dar...

TAOTAUAJER - Seekor harimau putih menerkam seorang pelajar sekolah dan membahamnya di sebuah zoo di New Delhi semalam. 


Menurut laopran daripada Republika Online, saluran-saluran televisyen menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut ketakutan di dalam kandang yang menempatkan enam ekor harimau putih, bersama singa dan harimau kumbang. “Kami semua sangat terkejut,” kata Pengarah Taman Zoo Kebangsaan Amitabh Agnihotri di ibu kota India, beliau menambahkan bahawa mayat pelajar tersebut akan dihantar untuk dibedah siasat.

“Harimau menerkam pelajar lelaki itu dan membunuhnya. Saya tidak jelas apakah dia melompat masuk ke dalam kandang atau tak sengaja tergelincir.”

Pihak berkuasa belum memastikan apakah pelajar itu datang sendiri atau bersama teman-temannya. “Penghadang ini terlalu rendah dan nampaknya seperti harimau itu menyambar mangsa ke dalam kandangnya dan menerkam pelajar itu di lehernya,” kata seorang saksi yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

“Kami cuba melempar batang kayu dan batu ke arah harimau putih berkenaan namun gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dengan menambahkan harimau itu membunuh pelajar tersebut dalam tempoh kurang dari 10 minit.

Pada 2000 seekor harimau menerkam seorang lelaki di sebuah zoo di wilayah timur, Bengal Barat. Pada 2011, India memiliki 1.706 ekor harimau atau lebih dari separuh populasi yang terdapat di seluruh dunia.

Saksikan Video yang berjaya dirakamkan sewaktu dibaham harimau..



TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri yang mengejutkan di China. Kejadian ini sudah berlaku pada 5 Februari lalu. Namun pihak polis China baru m...

TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri yang mengejutkan di China. Kejadian ini sudah berlaku pada 5 Februari lalu. Namun pihak polis China baru mendedahkan foto yang diambil dari rakaman CCTV semasa pasangan pertengahan umur dilanggar oleh sebuah kereta.


Mangsa yang bernama Hu Mou, dan isterinya. Mereka sedangh memandu sebuah kenderaan roda 3. Mereka dikatakan tidak mematuhi arahan lampu merah yang sedang menyala. ketika melintas menyebabkan sebuah kereta menghentam mereka.


Gambar yang dirakam kelihatan dahsyat, di mana keduanya melambung ke udara dan kenderaan mereka hancur hingga tidak berbentuk. Sementara kereta yang melanggar kelihatan rosak di di bahagian tepi. Hu Mou dan isterinya maut di tempat kejadian.

Gambar ini dikeluarkan sempena anjuran untuk keselamatan bersama dengan berkendaraan lalu lintas. Gambar tersebut mampu membuat ramai orang terkejut dan berfikir sejenak sendirian.

Selain dari pada itu terdapat juga kejadian yang sama berlaku apabila melanggar lampu isyarat merah. Saksikan  video di bawah ini...



sumber : Dailymail

TAOTAUAJER : Dengan itu di ingatkan kepada semua, janganlah melanggar lampu isyarat merah.. ini kerana ia sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Ingatlah orang yang tersayang. - Koleksi Kemalangan


TAOTAUAJER - Menggemparkan apabila sebuah rakaman dari kamera pengawal di Brazil berjaya merakamkan satu bentuk makhluk yang dianggap sebag...

TAOTAUAJER - Menggemparkan apabila sebuah rakaman dari kamera pengawal di Brazil berjaya merakamkan satu bentuk makhluk yang dianggap sebagai manusia serigala sedang berkeliaran di sebuah taman.


Klip video sepanjang 44 saat itu muncul di laman web YouTube. Sebelum daripada ramai yang mendakwa pernah melihat makhluk mengerikan itu di Bandar Sao Goncalo de Campos, berhampiran Kota Feira de Santana, di Negara Bahagian Bahia. Makhluk misteri itu pertama kali dilihat oleh seorang lelaki tempatan yang hanya dikenali sebagai Pingo.

Pingo mendakwa makhluk itu berlari ke arahnya, tapi dia berjaya melarikan diri.Dia menggambarkan makhluk itu sebagai raksasa hitam setinggi 1.5 meter.


Ramai orang menganggap makhluk itu hanyalah satu pembohongan. Tetapi beberapa orang lain menyatakan mereka pernah bertemu dengan makhluk tersebut sebagai manusia serigala itu.


Akibat dari kejadian kemunculan makhluk misteri itu, para pegawai kerajaan tempatan telah menguatkuasakan jam larangan pada pukul 21.00 malam.

Saksikan video misteri ini..



 sumber : mirror.co.uk 

TAOTAUAJER : Sungguh menyeramkan pulak apabila saksikan video tersebut.. apakah benar serigala jadian itu wujud atau apakah makhluk yang berjaya dirakamkan oleh CCTV terseubut? - Koleksi Misteri