Showing posts with label kapal terbang. Show all posts

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu, semalam pagi kita dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 dimana berlepas dar...

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu, semalam pagi kita dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 dimana berlepas dari indonesia ke singapura.


Disini terdapat 10 Fakta berkaitan pesawat QZ8501 AirAsia gang hilang :

1. Pesawat jenis AIrbus A320 AirAsia Indonesia, QZ8501 dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, membawa seramai 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak, 1 bayi, 4 anak kapal dan 2 juruterbang.

2. Pesawat QZ8501 memulakan penerbangan pada jam 5.20 pagi terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7.24 dan dilaporkan sepatutnya tiba di destinasi pada jam 8.20 pagi.

3. Juruterbang pesawat QZ8501 sempat membuat komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi (waktu Indonesia) sebelum hilang.

4. Pesawat AirAsia QZ8501 juga sempat melaporkan akan menghindari awan-awan tebal sebelum dilaporkan hilang dari radar.

5. Cuaca buruk adalah antara faktor utama yang menyebabkan kehilangan pesawat QZ8501.

6. Kedudukan terakhir pesawat QZ8501 adalah pada ketinggian 32,000 kaki dari paras laut di Laut Jawa sebelum dilaporkan hilang.

7. Hanya ada seorang penumpang pesawat QZ8501 adalah rakyat Malaysia, seorang rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan bakinya rakyat Indonesia.

8. Ahli keluarga mangsa yang terlibat, mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya setelah mendengar berita kehilangan pesawat QZ8501.

9. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut bersimpati di atas kehilangan pesawat terbabit dan akan turut membantu Indonesia mencari pesawat berkenaan.

10. Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Pulau Belitung, Indonesia. Namun setakat ini masih belum dipastikan sama ada pesawat itu adalah pesawat QZ8501 yang dilaporkan hilang. -

SUMBER : MYMEDIAHUB


TAOTAUAJER - Kejadian Aneh Pesawat MH198 Mendarat Cemas di KLIA. Kapal Terbang yang dijadualkan ke Hyderabad berpatah balik mendarat cemas ...

TAOTAUAJER - Kejadian Aneh Pesawat MH198 Mendarat Cemas di KLIA. Kapal Terbang yang dijadualkan ke Hyderabad berpatah balik mendarat cemas di KLIA apabila pihak berkuasa lapangan terbang Kuala Lumpur diminta kembali tidak lama selepas berlepas.



Penerbangan Malaysia Airlines MH198 telah diminta untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas dikesan belaku masalah yang tidak diketahui.

Walaubagaimanapun krew penerbangan mengatakan bahan api terbakar ketika penerbangan yang disediakan untuk pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Penerbangan dilaporkan mendarat dengan selamat dan tiada laporan kehilangan nyawa.

Ini adalah kali ketiga tahun ini bahawa penerbangan Malaysia Airlines telah terlibat dalam kejadian aneh.

sumber : Wangolds.com

TAOTAUAJER : Apakah yang berlaku terhadap penerbangan Malaysia Airlines ini ? dikatakan kerap kali berlaku perkara sebegini ? adakah ini semua angkara sabotage untuk menjatuhkan maruah negara? Ape-ape pun Alhamdulillah kesemua penumpang dan krew selamat mendarat.


TAOTAUAJER - Lagi satu berita yang menggemparkan melibatkan dunia penerbangan apabila lepas satu... satu tragedi menimpa pengangkutan udara...

TAOTAUAJER - Lagi satu berita yang menggemparkan melibatkan dunia penerbangan apabila lepas satu... satu tragedi menimpa pengangkutan udara. Setelah berita sedih MH17 di tembak jatuh.. Pesawat Taiwan terhempas dan yang terbaru pulak Air Algerie pula hilang dari radar selepas 50 minit berlepas dan kini di sahkan terhempas.


Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, menurut pegawai penerbangan Algeria.

Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu.

"Saya boleh mengesahkan ia sudah terhempas," seorang pegawai penerbangan Algeria memberitahu Reuters.

Hampir separuh daripada penumpang pesawat itu adalah warga Perancis.

Penerbangan AH5017 membawa110 penumpang dan enam anak kapal. Ini merupakan nahas ketiga yang melibatkan kapal terbang penumpang dalam minggu ini.


Air Algerie flight AH5017 crashes: OfficialAir Algerie flight AH5017, en route from Burkina Faso to Algiers and carrying 110 people, has crashed, an Algerian aviation official told Reuters. A search for the plane is under way.

TAOTAUAJER : Inalillahinarojiun tak henti-henti pulak dunia penerbangan mengalami kemalangan dalam masa terdekat. Rasa fobia pulak nak naik kapal terbang. Kesampatan nanti tao akan paparkan gambar-gambar Air Algerie terhempas apabila ditemui nanti.


TAOTAUAJER - Ramai yang menjadi bingung mengapakah pesawat malaysia boleh menjadi mangsa sasaran tembakan di pergolakan perperangan di anta...

TAOTAUAJER - Ramai yang menjadi bingung mengapakah pesawat malaysia boleh menjadi mangsa sasaran tembakan di pergolakan perperangan di antara Ukraine dan Russia. Dimana dikatakan pihak Ukraine menuduh kumpulan pemisahnya menjadi dalang yang menembak jatuh pesawat MH17, bagaimanpun pihak pemisah menafikannya.


Untuk pengatahuan korang semua Pesawat MH17 adalah pesawat ketiga terhempas di Ukraine dalam masa seminggu. Pihak berkuasa Ukraine memetik laporan The Los Angeles Times pada Isnin, pesawat Tentera Ukraine AN-26 ditembak jatuh di kubu kuat pemisah di Luhansk, sempadan Rusia.

Media Rasmi Russia pagi ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya pada waktu yang sama dalam penerbangan MH17, sebuah pesawat milik Russia, IL96 yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin.
Putin yang baru pulang daripada satu konvensyen di Brazil dilaporkan akan melalui laluan yang sama dilalui MH17, namun pesawat Putin pulang agak lewat berbanding MH17.


Gambar di atas kita dapat lihat jalur yang terdapat pada pesawat MAS hampir sama dengan pesawat Russia dan gambar di bawah pulak kita dapat lihat jalur yang terdapat pada badan kapal terbang hampir sama dengan bendera negara Russia.


Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.

Selain itu, seorang berpakaian tentera mengeluarkan kenyatan amaran awal. "kami sudah beri amaran jangan terbang diangkasa kami"


TAOTAUAJER : Disini adalah beberapa andaian mengapa pesawat MAS menjadi mangsa tembakan jatuh oleh  kumpulan pemisah ukraine. Dan juga andaian ini berdasarkan sumber RT.com.


TAOTAUAJER - Masih terkejut dengan berita yang membabitkan pesawat MH17 dan kini sudah ada gambar yang di sebarkan mengenai pesawat MH17 te...

TAOTAUAJER - Masih terkejut dengan berita yang membabitkan pesawat MH17 dan kini sudah ada gambar yang di sebarkan mengenai pesawat MH17 terhempas, walaubagaimanapun setelah di siasat ia adalah gambar palsu yang telah di edit dari gambar kemalangan pesawat lain. Mari saksikan gambar pesawat MH17 yang sebenar.



Gambar serihan besar MH17 dirakamkan


Gambar menyayat hati.. salah satu mangsa pesawat MH17


Manakala gambar yang ini adalah palsu dan telah di edit bagi menampakkan gambaran pesawat MH17 terhempas dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab


Ini pula VIDEO di tapak lokasi terhempasnya pesawat Malaysia Airlines MH17




TAOTAUAJER - Inilah berita tergempar yang baru di khabarkan... belum habis lagi dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 kini kita di ...

TAOTAUAJER - Inilah berita tergempar yang baru di khabarkan... belum habis lagi dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 kini kita di kejutkan pula dengan pesawat MAS MH17 pula yang di katakan terhempas di Ukraine.


'Interfax' melaporkan Sebuah pesawat Boeing 777 milik syarikat penerbangan Malaysia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

 Gambar serpihan MH17 terhempas di katakan di tembak di ruang udara Ukraine

 - LAGI GAMBAR NGERI PESAWAT MH17 TERHEMPAS DI SINI - 

"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia, mula terbang rendah, dan kemudiannya ditemui terbakar di atas tanah di Ukraine," kata sumber, sambil menambah bahawa 280 penumpang dan 15 anak kapal berada di atas kapal.

Pakar tentera Dmitry Tymchuk berkata pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di utara Torez di rantau Donetsk, menurut wartawan Ukraine Myroslava.

Kawasan ini dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia yang sedang menentang tentera Ukraine.

Pada 8 Julai, Pentadbiran Penerbangan Ukraine menutup ruang udara kepada pesawat awam selepas sebuah pesawat pengangkut tentera ditembak jatuh.

Pesawat itu dilaporkan menyeberangi sempadan Rusia pada kira-kira 09:30 EDT.

Namun begitu, kesahihan berita ini masih diragui. Kita tunggu pengesahan daripada pihak kerajaan Malaysia. Dalam pada itu, pihak MAS mengesahkan mereka terputus hubungan dengan pesawat MH17

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News


Kenyataan MAS MH17 terhempas di Twitter


Entri terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat ‪#‎MAS‬ ‪#‎MH17‬ dalam laman Twitter


Saksikan video pesawat MH17 yang telah terhempas yang berjaya dirakamkan...



TAOTAUAJER : Takziah pada keluarga yang terlibat dengan insiden terbaru ini. Sungguhnya berita nahas pesawat MAS terhempas di Ukraine satu kejutan terhebat buat rakyat Malaysia di bulan Ramadhan ini.

TAOTAUAJER - Setelah Tragedi kehilangan MH370 masih menjadi misteri, kini satu lagi kejadian yang melibatkan kapal terbang MAS apabila dila...

TAOTAUAJER - Setelah Tragedi kehilangan MH370 masih menjadi misteri, kini satu lagi kejadian yang melibatkan kapal terbang MAS apabila dilaporkan tayar pesawat #MH192 meletup sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.


Gear pendaratan pesawat tidak berfungsi apabila berlepas dan dijangka membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira 02:00 pagi. Justeru itu difahamkan juga bahawa pesawat tersebut telah membuat u-turn dan berlegar-legar di ruang udara untuk mengurangkan minyak pesawat agar tiada kejadian yang tak diingini berlaku semasa pendaratan nanti.


Penerbangan MH192 yang dikendalikan pada pesawat B737-800, telah dijadual tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 166 orang di atas kapal yang termasuk 159 penumpang dan 07 anak kapal.

Serpihan tayar pesawat MH192

Malaysia Airlines bekerjasama dengan Lapangan Terbang Bomba Penyelamat (Berhad DVOR) seaktu menjangkakan pendaratan.


Pasukan Bomba yang bersiap sedia untuk sebarang kecemasan pesawat MH192 meninggalkan KLIA bila semuanya selamat.


H20 bersama Krew dan Kapten Pesawat MH192




Sama-sama kita saksikan video pendaratan cemas MH192 di sini



Kini Hishammuddin Hussein telah mengesahkan di mana Pesawat MAS MH192 sudah selamat mendarat di KLIA pada jam 2:10 am tadi.

TAOTAUAJER : Alhamdulillah, semuanya selamat buat masa ini pesawat telah selamat mendarat dan di sahkan oleh Hishammuddin Hussein. Hishammuddin Hussein tak tidur lagi yer?

TAOTAUAJER - Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hind...

TAOTAUAJER - Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.                                                                                                              sumber : Astroawani



TAOTAUAJER :Innalillahiwainnalillahirojiun, akhirnya pesawat mh370 telah di sahkan oleh najib sendiri di jumpai di perairan selatan lautan hindi.