Showing posts with label Fenomena. Show all posts

TAOTAUAJER - Pada hari Sabtu ini, 4 April 2015, akan berlaku sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh , yang dapat dilihat oleh kita di Mal...

TAOTAUAJER - Pada hari Sabtu ini, 4 April 2015, akan berlaku sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh, yang dapat dilihat oleh kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Mungkin ramai yang mempunyai pertanyaan yang masih terngiang-ngiang dalam hati, yang mahu tahu jawapan secepat/seringkas yang mungkin. Artikel ini bertujuan memenuhi situasi tersebut. Mudah-mudahan ia dapat membantu.


Bilakah gerhana bulan 4 April ini akan bermula?

Secara tepatnya, gerhana ini akan bermula pada jam 5.01 petang. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00 pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.

Di bawah ialah gambarajah rasmi laluan gerhana bulan 4 April 2015, yang disediakan oleh Fred Espanak. Sumber.


Apakah yang dimaksudkan dengan penumbra dan umbra tu?

Bayang-bayang bumi ada 2 bahagian, umbra dan penumbra. Ia terbentuk kerana sumber cahaya yang menghasilkan bayang-bayang ini, iaitu matahari, merupakan sebuah objek yang besar dan sumber cahayanya wujud dari sebuah objek berbentuk bulatan (bukannya satu titik).

Kesannya, sebahagian bayang-bayang bumi, masih ada kena tempias cahaya matahari. Maka, bayang-bayang ini tidak pekat hitam. Inilah kawasan bayang-bayang penumbra.

Manakala, sebahagian lagi kawasan bayang-bayang bumi langsung tidak menerima cahaya direct matahari, maka ia lebih gelap. Kawasan ini dipanggil bayang-bayang umbra.

Gambarajah laluan bulan merentasi 2 kawasan bayang-bayang bumi, iaitu umbra dan penumbra. Sumber

Mengapakah bulan kelihatan merah pekat dan tidak hilang sepenuhnya ketika gerhana?

Warna kemerahan pada bulan itu disebabkan cahaya matahari yang bergerak berhampiran dengan bumi, telah dibiaskan oleh atmosferanya, Cahaya spektrum berwarna merah lebih mudah/banyak terbias berbanding warna lain.

FENOMENA gerhana bulan berlaku menerangi langit dekat Jambatan Pulau Pinang, Georgetown pada OKT 2014
Itulah sebabnya kita boleh lihat kesan kemerahan ketika fasa gerhana penuh. Dan fenomena kelihatan merah ini biasa disebutkan sebagai 'blood moon'.

Istilah Blood Moon ini dikatakan dimulakan oleh 2 orang paderi Mark Blitz and John Hagee, yang merujuk kepada fenomena 4 kali gerhana bulan penuh berturut-turut (bermula tahun 2014 hingga 2015 ini). Fenomena ini juga dikenali sebagai tetrad.

John Hagee telah mempopularkan istilah Blood Moon ini dalam bukunya Four Blood Moons: Something is About to Change pada tahun 2013.

Saksikan lagi gambar - gambar GERHANA BULAN ‘BERDARAH’ YANG SEMPAT DIRAKAM SERATA MALAYSIA PADA OKT 2014

Di lokasi manakah sesuai untuk melihat gerhana bulan kali ini?

Disebabkan gerhana SUDAH PUN BERMULA ketika ia terbit pada Maghrib 4 April 2015 nanti, maka bulan akan berada rendah di ufuk sebelah timur. Maka, lokasi sesuai yang disarankan ialah:
  1. Kawasan ufuk timur yang kosong, tiada gangguan bangunan, pokok mahupun bukit yang tinggi.
  2. Di atas bangunan tinggi, yang dapat melihat ufuk TIMUR yang kosong (tiada gangguan/halangan)
  3. Kawasan pantai timur semenanjung, yang mana langit timurnya mengadap laut.
  4. Malaysia timur seperti di Sabah, di mana Bulan akan terbit satu jam lebih awal dari Semenanjung, maka di sana hampir keseluruhan fasa gerhana (dari awal hingga akhir) dapat dilihat. Bagi di Semenanjung, hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu bermula dari fasa hampir-hampir nak penuh.

sumber : Falakonline


TAOTAUAJER - Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinas...

TAOTAUAJER - Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.


Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri disebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian hampir Rm1 billion untuk negeri Kelantan sahaja.

Keratan KOSMO!

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin yang dipetik akhbar KOSMO!

TAOTAUAJER - BANYAK sekali keajaiban-keajaiban yang telah di tunjukkan oleh Allah SWT kepada kita. Bahkan, yang tidak rasional sekalipun. A...

TAOTAUAJER - BANYAK sekali keajaiban-keajaiban yang telah di tunjukkan oleh Allah SWT kepada kita. Bahkan, yang tidak rasional sekalipun. Apalagi, bila kita ingin menirunya, pasti tidak akan sama sama seperti apa yang dicipta oleh Allah SWT. Seperti mana, api di dalam laut. Namun, apakah benar ada api di dalam laut?


Satu fenomena retakan di dasar lautan yang mengeluarkan lava telah membuktikan kebenaran sepotong ayat Al-quran. Dimana lava ini menyebabkan air mendidih hingga suhunya lebih dari seribu darjah Celcius. Meskipun suhu lava tersebut luar biasa tingginya, ia tidak dapat membuat air laut menguap, dan walaupun air laut ini berlimpah luah, ia tidak dapat memadamkan api. Allah bersumpah dengan fenomena kosmik unik ini. 

Firman-Nya:
(وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ) [الطور: 6].
Firman Allah dalam Surah At Thuur ayat ke 6 "dan laut yang di dalam tanahnya ada api"

Dua ahli geologi berbangsa Rusia, Anatol Sbagovich dan Yuri Bagdanov bersama rakannya saintis Amerika Syarikat (AS), Rona Clint pernah mengkaji tentang kerak bumi dan retakannya di dasar laut.

Para saintis tersebut, menyelam ke dasar laut sedalam 1.750 kilometer di pantai dalam Miami. Sbagovich bersama kedua rakannya menggunakan kapal selam canggih yang kemudian berhenti di batu karang dasar laut. Di dasar laut itulah, mereka dikejutkan dengan fenomena aliran air yang sangat panas mengalir ke arah retakan batu.

Kemudian aliran air itu disertai dengan semburan lava cair panas menyembur seakan api di daratan, dan disertai dengan debu gunung berapi seperti asap kebakaran di daratan. Tidak terkata panasnya suhu api tersebut didalam air tersebut ternyata mencapai 231 darjah celcius.

Bagaimana api boleh bertahan di dalam laut?

Mereka mencari fakta bahawa fenomena alam itu terjadi akibat aliran lava gunung berapi yang terjadi di dasar laut, seperti gunung api bila di daratan. Dan kemudian mereka menemui lebih banyak lagi gunung api aktif di bawah laut, yang tersebar di seluruh lautan.

Sesungguhnya, Al-Quran telah menyebutkan fakta itu sejak 1400 tahun. Firman Allah SWT berikut ini: 
"Demi bukit. Dan apa yang ditulis. Pada lembaran yang terbuka. Dan Demi Baitul Makmur (Kaabah). Dan demi syurga langit yang tinggi. Dan Demi laut, yang di dalam tanahnya ada api." (QS: At-Thur: 1-6).

Al-Quran menjelaskan api di dalam lautan itu dengan istilah 'Masjur'. Dalam bahasa Arab, 'Masjur' dimaknai dengan sesuatu yang berada di atas, dipanaskan dari oleh panas di bawahnya.

Dalam video ini anda boleh saksikan api yang menyala tidak dapat mendidihkan air laut dan air laut pula tidak dapat memadamkan api yang terus menyala.


TAOTAUAJER : Inilah kebenaran yang telah tertulis di dalam Al-quran, hanya allah yang maha mengatahui segala-galanya. - Koleksi kebenaran al Quran dan Islam


TAOTAUAJER - Kehebatan kuasa Allah... dimana satu fenomena yang menakjubkan di satu kawasan diamana mengalami fenomena matahari di tengah m...

TAOTAUAJER - Kehebatan kuasa Allah... dimana satu fenomena yang menakjubkan di satu kawasan diamana mengalami fenomena matahari di tengah malam di Finland.


Lapland adalah sebuah wilayah di Finland yang mempunyai keluasan wilayah 98.946 km² dan penduduk seramai 187.777 orang pada tahun 2002. Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini mempunyai fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam. 

Lapland lokasi dimana matahari bersinar ditengah malam
Kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama 24 jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini dipanggil midnight sun atau matahari tengah malam. Fenomena ini berlaku setiap bulan Jun dan Julai.


Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari pada tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Perkara ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan bermain golf selama 24 jam.

Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Letaknya bersempadan dengan pergunungan sempadan Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask. 


Selain bermain golf tengah malam, aktiviti pelancongan lain yang digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen, yang merupakan resort ski paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut kesejukan. 

Apa yang anda lihat adalah rakaman matahari dari masa ke masa.. 

Perkara ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga membuat wilayah ini tetap hangat, pada yang sama masih mempunyai salji untuk para pemain ski. Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia.


Ini pula imej yang menakjubkan telah diambil pada 2 Jun 2011 oleh Sakari Ekko kolaborator jangka panjang EAAE. Beliau membuat pendedahan dengan selang 5 minit yang membolehkan anda melihat jalan Matahari semasa gerhana. Gerhana berakhir pada tengah malam tempatan dan imej ini gerhana matahari hanya boleh dilakukan kerana Lapland adalah di atas Polar Circle Artik, yang bermakna bahawa hampir dengan Solstis Musim Panas, untuk beberapa hari, anda boleh melihat matahari 24 jam sehari, yang bermaksud anda boleh mempunyai Midnight Sun. Pada akhir pendedahan (di sebelah kanan) kita boleh melihat dengan jelas bahawa matahari telah berhenti pendekatannya kepada kaki langit. Ia kini akan mula naik.

TAOTAUAJER - Heboh apabila tersebarnya satu gambar langit sangat luarbiasa yang berjaya dirakamkan di Selatan Thailand yang juga kedudukan...

TAOTAUAJER - Heboh apabila tersebarnya satu gambar langit sangat luarbiasa yang berjaya dirakamkan di Selatan Thailand yang juga kedudukannya tidak jauh dari Malaysia. 


Fenomena awan arcus sangat jarang dilihat. Namun begitu, fenomena ini berjaya di rakamkan dan kewujudannya sememangnya mampu menimbulkan rasa gerun di hati kerana ada di antaranya berbentuk awan gergasi yang seakan-akan mahu menelan bumi.


Menerusi akaun Facebook Ramli Abdul Halim, dia telah memuatnaik gambar fenomena itu yang dikatakan berlaku di Selatan Thailand.


Merujuk kepada sejarah Rasulullah S.A.W, Telah berkata Aishah r.a.ha; "apabila angin ribut, yang membawa awam hitam bertiup, wajah Nabi S.A.W. kelihatan pucat kerana takutkan Allah. Dia keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa yang berikut ini:"
“Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan angin ini dan kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang Engkau kirim dengannya.”

Kata Aishah lagi; “Apabila hujan mulai turun, terbayang tanda-tanda kesukaan di wajah Nabi. Aku telah bertanya kepadanya: “Ya Rasullullah, apabila kelihatan awan hitam semua orang berasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?” Dia menjawab,
“Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah? Kaum A’ad telah dihapuskan oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam. Tetapi bukanlah hujan yang dibawanya bahkan pembinasaan mereka sendiri." 
“Maka tatkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap ke lembah-lembah mereka, mereka berkata. “Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita.” Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu minta disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab pedih – Yang membinasakan tiap-tiap sesuatu dengan perintah Tuhannya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami balas kaum yang menderhaka.”

Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam surah Al-Anfal yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun, tiap-tiap kali angin kencang bertiup, ia berasa takut – Nabi sebaik-baik insan berasa takut. Bandingkan pula perasaannya dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut hanya segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokan masing-masing.

AMAL PERBUATAN ANAS WAKTU RIBUT BERLAKU:

Diceritakan oleh Nadhr b. Abdullah.
“Pada suatu hari, ketika anas masih hidup, cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: “Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasulullah?”  Dia menjawab: “Aku berlindung dengan Allah. Pada masa itu kalau berlaku ribut, kami akan bersegera ke Masjid takut kalau-kalau berlaku Hari Kiamat.”

Abu Darda bercerita:
“Apabila angin kencang bertiup, Nabi Muhammad S.A.W. akan berasa cemas. Dia akan pergi ke masjid.” Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam sekarang, sama ada dari golongan orang kebanyakan atau pun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan suatu sunnah Nabi.

 TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang,  Awan ini umpama pusaran puting beliung gergasi dan seolah-olah hampir mencecah bumi. Dimana awan ini sebenarnya merupakan formasi awan rendah yang terbentuk oleh arus udara dingin dari laut. Kebiasaannya ia membawa petanda akan berlakunya ribut. Fenomena sebegini pernah terjadi di Sabah sedikit masa lalu dan ia dipercayai berpunca daripada angin taufan yang sedang bergerak ke Filipina pada masa itu.  Ini di antara bukti kekuasaan Allah S.W.T. 


TAOTAUAJER - Keadaaan yang membimbangkan kalau kita lihat gambar-gambar banjir yang berlaku di pantai timur sangat luar biasa dan menakutka...

TAOTAUAJER - Keadaaan yang membimbangkan kalau kita lihat gambar-gambar banjir yang berlaku di pantai timur sangat luar biasa dan menakutkan. Dikatakan banjir itu berlaku sangat pantas dan amat menakutkan penduduk sehingga mereka menyifatkan bencana paling buruk setakat ini.


Adakah anda tau apakah sebab kejadian sebegini berlaku... ada yang kata bala lah.. walaubagaimanapun ada kajian saintifik yang dapat menjelaskan mengapakah kejadian banjir berlaku di beberapa tempat di malaysia.

Dimana, air pasang yang berlaku adalah disebabkan oleh Fenomena na ‘full moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi dimana antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.


Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘full moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

“Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

“Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari,” katanya.

Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

“Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.

Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.
SUMBER :  BERNAMA

TAOTAUAJER :  “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. (Surah Hud:44). Sama -sama kita doakan bencana ini reda dan lindungilah mereka yang ditimpa bencana..

TAOTAUAJER - Penduduk daerah Muar gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibra...

TAOTAUAJER - Penduduk daerah Muar gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim di sini, tengah hari  18 NOV 2014.


Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut.

Ia berlaku dipercayai disebabkan peralihan air sungai dan campuran air hujan di sungai berkenaan. Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram seorang.

Saksikan gambar -gambar dibawah ini...


Kebanyakan pengunjung yang hadir akan membawa jaring atau sanggup membeli jaring baru kerana tidak mahu melepaskan peluang menjaring 'ikan mabuk' di sungai itu.
sumber: MyMetro

TAOTAUAJER :  Kalau korang nak tau kejadian ikan mabuk seperti ini bukan pertama kali berlaku di negara ini, sebelum ini kejadian sama berlaku di Tambisan Sabah dan juga di Parit Buntar.


TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini tao ada tunjukkan satu penomena dimana terdapat Pantai yang bercahaya Biru kali nie tao nak tunjukkan pada ...

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini tao ada tunjukkan satu penomena dimana terdapat Pantai yang bercahaya Biru kali nie tao nak tunjukkan pada korang salah satu fenomena yang jarang kita dapat lihat dan di ketahui dimaan terletak di Jawa, Indonesia, gunung berapi Kawah Ijen menghasilkan lava yang bercahaya biru.


Dikelilingi oleh beberapa gunung berapi lain, ia menghasilkan tasik semula jadi yang berasid biru terbesar di dunia. Cahaya biru yang terbentuk adalah dari asid sulfurik. 

Pada waktu siang, gunung berapi ini nampak seperti gunung berapi yang lain tapi pada waktu malam ia kelihatan sangat cantik dengan nyalaan api biru dari asid sulfurik yang boleh mencapai setinggi lime meter. 

Tasik ini juga merupakan lombong sulfur dan pekerja dibayar USD 0.05sen untuk setiap kilogram. Hasil sulfur dari gunung berapi ini antara 160-200 kilogram sehari.

gunung berapi Kawah Ijen menghasilkan lava yang bercahaya biru
gunung berapi Kawah Ijen menghasilkan lava yang bercahaya biru
gunung berapi Kawah Ijen menghasilkan lava yang bercahaya biru

TAOTAUAJER : Ya memang menakjubkan... apakah di tempat lain terdapat fenomena sebegini? Haaa.. tu tao tak pasti, kena cari la..