Showing posts with label Islam. Show all posts

TAOTAUAJER - Pasti bagi mereka yang bukan beragama islam menanyakan atau bermain diminda mereka mengapa perlu menutup aurat? Kenapa Islam m...

TAOTAUAJER - Pasti bagi mereka yang bukan beragama islam menanyakan atau bermain diminda mereka mengapa perlu menutup aurat? Kenapa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat dan tidak berpakaian seksi atau menjolok mata. Okay, melalui video ini kita dapat faham dengan mudah mengapa....


Bila selesai menonton pastinya kita sedar betapa indahnya agama Islam. Pasti setiap apa yang diperintahkan oleh Allah ada sebab musabab dan hikmah disebaliknya. Lihat video dibawah:


TAOTAUAJER : This is why muslims wear hijab. simple msg to all people out there. peace!!! :)


TAOTAUAJER - Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun...

TAOTAUAJER - Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan janggut. Jom kita semak dibawah apakah kelebihan menyimpan janggut.

TAUTAK? - Kelebihan Dan Hikmah Dari Sunnah Menyimpan Janggut

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara “kecantikan” wanita dan lelaki adalah janggut.

Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih “tulen”. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :

     1. Menampakkan kelelakian
     2. Kelihatan lebih ‘macho’
     3. Lebih hensem dan berkarisma
     4. Nampak soleh
     5. Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
     6. Lebih diminati wanita
     7. Mempunyai manfaat kesihatan
     8. Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan bukannya berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-hakam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.


Okay kita saksikan pulak video ini

Exclusive: Discover some Unbelievable & Amazing Health Benefits of #Beard
Posted by TAOTAUAJER on Monday, 9 February 2015

TAOTAUAJER : Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

TAOTAUAJER - Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut ter...

TAOTAUAJER - Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut terbakar kena petir...itulah kekuasaan Allah saksikan videonya di bawah ini...


Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US . Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepakan tangan seolah-olah berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.  


Namun Akhirnya pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.


Sama-sama kita saksikan video ini.. 


Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.


*~*{ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين }*~*

*~*{ سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك أللهم وأتوب إليك }*~*


Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna)

















TAOTAUAJER - Secara ringkasnya, dalam suratul Kahfi, ada 4 jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. Ujian-ujian tersebut ialah...

TAOTAUAJER - Secara ringkasnya, dalam suratul Kahfi, ada 4 jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. Ujian-ujian tersebut ialah:


1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.

2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya Dajjal.

3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.

4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.

Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat-ayat di dalam surah Al Kahfi:

1. Dekatkan diri dengan orang-orang yang soleh (Al Kahfi ayat 28).
2. Lengkapkan diri dengan menuntut ilmu yang benar (Al Kahfi ayat 45).
3. Sentiasa merendah diri (Al Kahfi ayat 69).
4. Mengikhlaskan diri (Al Kahfi ayat 110).
5. Menjalankan dakwah (Al Kahfi ayat 27).
6. Banyak mengingati hari akhirat (Al Kahfi ayat 47 - 49)

Akhir sekali, perbanyakkan doa yang pernah dibacakan oleh pemuda-pemuda Al Kahfi:

"Rabbana aatinaa milladunka rahmatan wa haiyi'lanaa min amrinaa rasyadaa"

("Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami") al Kahfi ayat 10

TAOTAUAJER : Semoga perkongsian ini dapat memberi kita serba sedikit kesedaran. Ringan -ringankanlah untuk klik SHARE artikel ini semoga ramai yang dapat info ini..  

TAOTAUAJER -  Sesungguhnya diri kita tidak lari daripada membuat kesilapan dan dosa. Apabila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak fah...

TAOTAUAJER -  Sesungguhnya diri kita tidak lari daripada membuat kesilapan dan dosa. Apabila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa kaum lelaki yang melihatnya. 




UNTUK WANITA-WANITA DAN LELAKI JUGA, YANG MASIH KURANG FAHAM TENTANG KONSEP MENUTUP AURAT, IKUTILAH PANDUAN RINGKAS INI.



TAOTAUAJER : Kepada kaum hawa di luar sana berjaga-jagalah janganlah anda berbuat perangai sedemikian.Apa maknanya bertudung.. jika aurat lain terdedah.. lurah atas terdedah, lurah belakang, seluar dalam terdedah, nampak betis, nampak ketiak.. TAPI bertudung . Perkara ini sememangnya mendapat perhatian orang ramai dan perlu di ubah. Janganlah kita menampakkan agama Islam kita ini sebagai agama yang murahan.


TAOTAUAJER - Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad ra...

TAOTAUAJER - Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?


Berikut adalah perkongsian dari Facebook tentang isu ini:


Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah. 
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..

Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. Wallahualam…

Kebenarannya adalah ....


This is a fake one circulated by the Shi’ahs… Actually this brick was placed by the Turks in the remembrance of the incident when ppl came to Syedatuna Ayesha and requested her to pray for the Rain. She advised to remove the brick or the leaves or whatever was on the roof right above the Blessed Qabar Sharif of Syeduna Rasoolullah Sallallaho Alaihi wa Sallam through which ALLAH Kareem will bless us the Rain! Her advised was implemented and it start raining. So this brick is said to be right above the Qabar Sharif!!
ALLAH and His Habeeb Knows and Best!!

TAOTAUAJER : Di harap agar sesuatu perkara itu diselidik dahulu sebelum disebarkan. Mari sebarkan kebenaran yang dimana kita sering di selubungi dengan penipuan.. sharekan info ini kepada rakan-rakan anda.


TAOTAUAJER - Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT da...

TAOTAUAJER - Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat


Dibawah ini adalah diantara 10 Jenis mayat yang tidak akan busuk di dalam kubur :

1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

TAOTAUAJER : SubhanAllah....  Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin !!! Sekarang anda mempunyai Dua pilihan

1. Biarkan Tulisan ini berada di blog ini supaya orang lain tidak membaca.
2. Menyebarkan ke rakan yang lain dengan klik 'SHARE' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala....


TAOTAUAJER - Apakah kita mengetahui bilakah akan berlakunya KIAMAT? apa yang pasti tanda-tanda kiamat kecil sudah lengkap dan antara tanda...

TAOTAUAJER - Apakah kita mengetahui bilakah akan berlakunya KIAMAT? apa yang pasti tanda-tanda kiamat kecil sudah lengkap dan antara tanda besar akan berlakunya kiamat adalah apabila terbitnya dari tempat tenggelamnya.


Cuba kita bayangkan Pada suatu hari 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis

jam 7:00 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.

Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam….mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?

Keesokan haripun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.

Tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.. Mari sahabat-sahabat, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.

TAOTAUAJER : Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.. Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita sehingga saat ini adalah supaya kita sempat. BERTAUBAT. 

TAOTAUAJER - Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lela...

TAOTAUAJER - Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lelaki ini terlalu suka matematik, itulah sebabnya dia suka logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh diambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.


Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah bahawa dia menemui satu penuh “surah” (bab) dalam Al-Quran yang dinamakan “Maryam” yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak pernah dijumpai walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Al-kitab mereka (bible). Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena “Fatimah” (anak nabi) atau “Aishah” (isteri Rasulullah saw), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka.

Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (AS) telah disebut dalam Al-Quran 25 kali manakala nama “Muhammad” (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali, maka dia menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang besar yang merupakan nombor ayat 82 dalam Surah Al-Nisa’a (Wanita) yang bermaksud:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Dan kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan “.

Dr Miller berkata tentang ayat ini: “Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mencari mana-mana “.

Beliau juga berkata tentang ayat ini: “Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba untuk mencari satu dan anda tidak akan mencari mana-mana. “

Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah nombor ayat 30 dalam Surah ‘Al-Anbiya’(Nabi-nabi):

“Adakah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), sebelum Kami pisahkan antara keduanya? Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? “

Dia berkata: “Ayat ini adalah betul-betul subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dan adalah kira-kira teori” Great Explosion “. Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet itu.

Dr Miller berkata: “Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

“Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat. “Al-Quran, Bab 26, Ayat 210-212.

“Apabila engkau hendak membaca Al Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam” Al-Quran, Bab 16, Ayat 98.

Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta Tuhan untuk perlindungan dari syaitan ini sebelum membaca buku itu? Itu adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib ini! dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa itu dari syaitan “.

Dan di antara cerita-cerita yang kagum Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: “Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan pergi selepas Nabi di mana sahaja dia pergi untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah hari. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga mengenainya. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan “Al-Masad”.

Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: “Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah? “. Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu ini. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah nabi (SAW) itu memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah! Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun penuh! dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim !! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi (SAW) boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah jika ini tidak inspirasi daripada Allah? Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun penuh bahawa apa yang di dalamnya (Al-Quran) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah ?? Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud: bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

“Binasalah kedua tangan Lahab (Abu Lahab)! binasalah dia Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan Dibakar tidak lama lagi dia akan masuk ke dalam api yang menjulang-julang daripada api neraka! Isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api; Sebagai bahan api! Satu tali yang dipintal-daun bulat (sendiri) lehernya! “Al-Quran, Bab 111.

Dr Miller berkata tentang ayat yang kagum kepadanya: Salah satu keajaiban dalam Al-Quran itu mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh meramalkan dan yang terpakai yang “Pemalsuan Ujian”, ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Quran kata mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.

Dr Miller meneruskan: Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita merawat anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh-musuh anda, Al-Quran mesti salah tu! Tetapi ini tidak berlaku dalam 1400 tahun !! dan ia tidak akan berlaku kerana mereka adalah kata-kata Dia yang mengetahui perkara yang ghaib (Allah) dan bukan kata-kata manusia.

Dr Miller meneruskan: Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?

“Paling Kukuh di antara manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman sekali-kali akan kamu dapati orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan terdekat di antara mereka cinta kepada orang yang beriman sekali-kali akan engkau mencari orang-orang yang mengatakan, “Kami adalah orang Kristian”: kerana di kalangan mereka adalah orang yang dikhaskan untuk pembelajaran dan lelaki yang telah menolak dunia, dan mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami Kami percaya; suratkanlah kami berserta orang saksi” Al-Quran, Bab 5, ayat-ayat 82-84.

Ayat ini juga dengan Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.

Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia mendapati yang indah: Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Quran yang tidak hadir mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini. Sebagai contoh:

“Ini adalah sebahagian dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad!) Oleh wahyu engkau tidak ada pada mereka ketika mereka melemparkan anak-anak panah, untuk yang mana satu mereka yang akan dengan penjagaan Maryam : tidak pula bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara) “Al-Quran, Bab 3, Ayat 44.

“Itu adalah dari cerita-cerita yang ghaib, yang Kami turunkan kepadamu: sebelum ini, tiada kamu kaummu mengenali mereka. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa “Al-Quran, Bab 11, Ayat 49.

“Yang demikian itu adalah salah satu daripada cerita-cerita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu: tidak pula engkau (hadir) bersama mereka apabila mereka bersepadu rancangan mereka bersama-sama dalam proses menenun plot mereka” The Holy Quran, Bab 12 , Ayat 102.

Dr Miller meneruskan: “Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka adalah. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu “.

Dr Garry Miller meneruskan: “Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu baru !! Dan apa yang menakjubkan adalah bahawa orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dari dengan ayat-ayat. Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah bahawa tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka benar-benar adalah maklumat baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui yang ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.” 


TAOTAUAJER - Beberapa buah bandar di Britain, termasuk Birmingham menyaksikan jumlah purata kanak-kanak Islam lebih ramai daripada Kristia...

TAOTAUAJER - Beberapa buah bandar di Britain, termasuk Birmingham menyaksikan jumlah purata kanak-kanak Islam lebih ramai daripada Kristian dan bukan-Islam lain.


Laporan itu dibuat berdasarkan statistik terbaharu yang yang dikeluarkan hasil bancian penduduk tahun 2011. Berikut adalah perbandingan jumlah bilangan kanak-kanak dan dewasa di bandar-bandar berkenaan:


Birmingham
Kanak-kanak Islam : 97,099
Kanak-kanak Kristian: 93,828
Dewasa Islam: 148,145
Dewasa Kristian: 413,474

Leicester
Kanak-kanak Islam: 22,639
Kanak-kanak Kristian: 18,190
Dewasa Islam: 41,376
Dewasa Kristian: 90,952

Bradford
Kanak-kanak Islam: 52,135
Kanak-kanak Kristian: 47,144
Dewasa Islam: 82,037
Dewasa Kristian: 201,865

Newham
Kanak-kanak Islam: 34,041
Kanak-kanak Kristian: 27,769
Dewasa Islam: 68,472
Dewasa Kristian: 98,995

Tower Homelets
Kanak-kanak Islam: 34,597
Kanak-kanak Kristian: 8,995
Dewasa Islam: 56,969
Dewasa Kristian: 60,847

Bedbrige
Kanak-kanak Islam: 24,216
Kanak-kanak Kristian: 21,500
Dewasa Islam: 43,432
Dewasa Kristian: 84,355

Selain Islam dan Kristian, baki penduduk lain didaftarkan sebagai Hindu, Yahudi dan lain-lain.


Profesor Ted Cantle dari Yayasan ICoCo yang bertanggungjawab menggalakkan perpaduan masyarakat Britain berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan kesan aliran masuk penduduk Islam yang berterusan dari beberapa negara Asia ke Britain.

Beberapa pakar pula berpendapat, laporan itu memberi gambaran masa depan yang bakal berlaku ekoran perubahan demografi di seluruh Britain dan sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pergolakan tidak tercetus dalam kalangan masyarakat berbilang agama di negara itu. 
SUMBER : Dailymail


TAOTAUAJER - Sebuah pasukan bola sepak Cameroon yang terdiri daripada pemain muda telah mengisytiharkan memeluk Islam selepas menghabiskan...

TAOTAUAJER - Sebuah pasukan bola sepak Cameroon yang terdiri daripada pemain muda telah mengisytiharkan memeluk Islam selepas menghabiskan masa selama dua bulan di sebuah kem latihan bola sepak di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Seramai dua puluh tiga pemain yang berumur dalam lingkungan 20-an yang datang sebagai sebahagian daripada program yang dikendalikan oleh sebuah akademi bola sepak untuk orang-orang miskin, tiada tempat tinggal dan anak-anak muda yatim di Cameroon, secara terbuka dibacakan kesaksian iman mereka di Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Jabatan Kebajikan (IACAD) di Dubai.

Javeed Khateeb, penasihat agama kanan di IACAD, berkata kepada The National, "Ia adalah perkara luar biasa yang mana pada usia yang kebanyakan orang hanya mahu bermain dan bersenang-senang, manakala orang-orang muda ini mencari iman dan pencerahan."

Dilaporkan bahawa pemain dan jurulatih membuat keputusan untuk memeluk Islam atas pelbagai sebab, termasuk keamanan mereka rasakan dalam agama dan kebaikan orang Islam yang mereka temui sepanjang berada di negara ini.

"Mereka sangat kagum dengan cara kelakuan orang Islam, tetapi kebanyakannya mereka kagum dengan kebaikan dan rasa hormat yang mereka terima. Ini adalah anak-anak muda miskin dan mereka memeluk seperti saudara, "kata Khateeb.

"Kami menghabiskan masa selama dua sesi berasingan, dalam seharian bercakap tentang Islam dan menjawab semua soalan-soalan mereka dan mengurangkan apa-apa keraguan," tambah Khateeb.

"Kami mahu memastikan mereka mempunyai pemahaman yang betul tentang Islam. Banyak soalan-soalan mereka ajukan seperti halal dan haram, minum arak, dan bagaimana Nabi Isa digambarkan dalam Islam. "

Semua kecuali dua pemain bola sepak yang melawat memutuskan untuk memeluk Islam semasa lawatan mereka ke IACAD pada hari Khamis sebelum kembali ke Cameroon pada hari Sabtu, walaupun begitu baki dua pemain itu meminta maklumat lanjut sebelum mereka membuat keputusan mereka, kata Khateeb.


TAOTAUAJER - Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membu...

TAOTAUAJER - Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru.


Iaitu dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.


Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!

TAOTAUAJER : Sehingga kini sudah banyak nyawa tidak bersalah yang terkorban antaranya wanita dan kanak-kanak. Semoga dengan keizinan allah kali ini israel dapat di hapuskan.