Showing posts with label Kejadian Pelik. Show all posts

TAOTAUAJER - Di JOHOR Seorang bayi yang dilahirkan seperti ikan duyung menjadi viral apabila sekeping gambar tersebar. Dimana seorang bayi ...

TAOTAUAJER - Di JOHOR Seorang bayi yang dilahirkan seperti ikan duyung menjadi viral apabila sekeping gambar tersebar. Dimana seorang bayi yang dilahirkan menyerupai ikan duyung lahir di daerah pontian johor.


Penyebaran ini menjadi viral dan menjadi buah mulut rakyat malaysia apakah benar bayi duyung di lahirkan di Johor.

Namun begitu menurut Sinar Harian penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, semalam disahkan sebagai tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan.

“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah palsu.

“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” katanya di sini semalam.

Ayub berkata, masyarakat secara umumnya dinasihati supaya memastikan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu supaya ia tidak mencetuskan pelbagai masalah kepada individu lain dan pihak-pihak berkaitan.

“Saya memohon agar orang ramai lebih berhati-hati dalam memastikan kebenaran dan kesahihan sebarang berita atau gambar di dalam internet.


“Sebarang berita yang tiada kepastian dan kebenarannya perlu dirujuk dengan pihak berwajib terlebih dahulu sebelum disebarkan di dalam media sosial kerana ia boleh mengundang keresahan, keghairahan dan masalah kepada pihak terbabit, sekali gus memberi kesan kepada prestasi mereka,” katanya.

Gambar bayi yang dilahirkan cacat dengan kakinya melekat seperti kelihatan duyung itu mula menjadi viral dalam laman sosial semalam, kerana bayi malang itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.

Bagaimanapun setelah diselidiki menerusi beberapa carian dalam laman web mendapati gambar bayi berkenaan dipercayai telah muncul dalam satu akaun Facebook milik seorang wanita Myanmar pada 19 Mac lalu, dan turut ditayangkan dalam laman Facebook, Top Myanmar News.


TAOTAUAJER : Oleh itu, orang ramai lebih berhati-hati dalam memastikan kebenaran dan kesahihan sebarang berita atau gambar di dalam internet. Untuk pengetahuan semua kejadian pelik dan aneh seperti ini pernah berlaku di china namun bayi tersebut meningga dunia selepas 8 jam dilahirkan. 

TAOTAUAJER - Sepasang kekasih Itali telah dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya ‘melekat’ selepas melakukan seks di dalam laut di wi...

TAOTAUAJER - Sepasang kekasih Itali telah dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya ‘melekat’ selepas melakukan seks di dalam laut di wilayah Marche.


Akbar Il Mattino telah melaporkan pasangan tersebut yang sedang memadu asmara di sebuah pantai yang lengang dengan pengunjung telah membuat keputusan untuk melakukan seks di dalam laut di Porto San Giorgio untuk membuktikan cinta mereka.

Namun begitu, kisah cinta mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila pasangan lelaki gagal menarik keluar ‘anu’ yang melekat pada pada teman wanitanya akibat dari sedutan air laut lapor akhbar tersebut.

Mereka terus berada di dalam laut sehinggalah disedari oleh seorang wanita yang sedang bersiar-siar di tepi pantai tersebut dan kemudian memberikan mereka tuala selepas mereka berenang ke tepian.

Setelah doktor dipanggil, mereka di bawa ke wad kecemasan hospital terdekat. Wanita tersebut telah diberikan suntikan yang selalu diberi kepada wanita mengandung di bahagian uterusnya bagi melepaskan ‘anu’ teman lelakinya yang terlekat.

Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada bulan Julai lalu, sepasang kekasih di Zimbabwe turut ‘melekat’ hampir 7 jam dan dileraikan oleh bapa kepada pasangan lelaki tersebut.

Awal tahun lalu, pasukan bomba di Sepanyol telah dipanggil untuk menyelamatkan seorang wanita sepauh bogel yang terjatuh ke dalam lubang air sedalam 15 meter ketika melakukan hubungan seks.


TAOTAUAJER -  Seorang gadis bernama Daniela Liverani tidak menyangka kesakitan yang dialaminya selama sebulan di bahagian hidung rupa-rupan...

TAOTAUAJER -  Seorang gadis bernama Daniela Liverani tidak menyangka kesakitan yang dialaminya selama sebulan di bahagian hidung rupa-rupanya menjadi tempat bersarang seekor lintah.


Beliau menyangka kesakitan tersebut disebabkan oleh kemalangan motorsikal yang dialaminya ketika mengembara ke Asia Tenggara.



Liverani kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati seekor lintah melekat di dalam hidungnya.

Lintah berkenaan dipercayai melekat di hidung Liverani ketika berenang di Vietnam dan boleh masuk ke dalam mulut apabila terminum air sungai berkenaan.


TAOTAUAJER : Kalau sebelum ini banyak kita dengar benda yang hidup dalam telinga.. kali nie jumpa pulak kes benda yang hidup di dalam hidung.. memang menggerikan...


TAOTAUAJER - Di Indonesia sebuah kampung di Oenunto, Nusa Tenggara Timur gempar apabila seorang wanita dikatakan melahirkan seekor cicak. D...

TAOTAUAJER - Di Indonesia sebuah kampung di Oenunto, Nusa Tenggara Timur gempar apabila seorang wanita dikatakan melahirkan seekor cicak. Debi Nubatonis dilaporkan melahirkan seekor cicak sebesar anak tangan bulan lalu selepas mengandung selama 9 bulan.


Beliau melahirkan anak cicak ini di ruamh beliau dan kelahiran disambut oleh seorang bidan kampung. Mak bidan terkejut selepas seekor cicak keluar dari rahim Debi Nubatonis dan bukannya seorang bayi. Apabila berita tersebar orang kampung mengamuk dan mengancam memukul Debi Nubatonis dan ahli keluarga beliau kerana disyaki pengamal ajaran ilmu hitam.


Si ibu berjaya diselamatkan dan dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk pemeriksaan. "Anak" beliau juga dihantar ke hospital yang sama untuk ujian. Pihak hospital percaya ini semuanya adalah helah dan Debi Nubatonis sebenarnya mengalami apa yang dipanggil "ghost pregnancy".

Fenomena ini adalah kejadian pelik dan luar biasa dan berlaku apabila ada wanita yang ingin sangat untuk mengandung sehingga menunjukkan symptom seperti mereka benar-benar mengandung walaupun tidak. 


TAOTAUAJER - Cahaya misteri muncul di langit California Utara dan menimbulkan tanda tanya ramai. Ramai yang bertanya tentang apa yang akan ...

TAOTAUAJER - Cahaya misteri muncul di langit California Utara dan menimbulkan tanda tanya ramai. Ramai yang bertanya tentang apa yang akan terjadi setelah kemunculan cahaya ini. Bahkan tidak sedikit yang berspekulasi, cahaya ini muncul akibat kewujudan hidupan luar angkasa.


Cahaya di awan tersebut berbentuk seperti lubang. Dan dengan cepat tersebar di Twitter, Facebook, dan Instagram. Kemunculan cahaya di langit Stockton tersebut, tidak mengganggu penerbangan tempatan. Ketika ini ramai yang hairan dengan apa yang terjadi di sana, bahkan fenomena aneh ini juga dikaitkan dengan petanda bakal berlakunya bencana.



Namun, berdasarkan pemerhati, keanehan cahaya di awan tersebut disebut sebagai lubang Fallstreak, iaitu kejadian di mana adanya kombinasi aneh dari daratan dan langit. Fallstreak dimulakan dengan pembentukan cirrocumulus atau altocumulus yang sangat sejuk, sehingga mengumpul lebih banyak partikel di sekitarnya. Sehingga membentuk keanehan terhadap awan itu sendiri. Bahkan, di lapisan tersebut terjadi kristal air, sehingga memantulkan cahaya yang berbeza ke bumi. Kejadian ini boleh terjadi lama, bergantung keadaan cuaca ketika itu. Namun sampai saat ini belum ada keterangan lebih lanjut, bahkan dari pihak berkuasa tempatan. -AP
SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Fenomena Fallstreak ini sememangnya di anggap misteri dan ianya jarang-jarang sekali berlaku.


TAOTAUAJER - Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial. Rakaman yang dimuatnaik ...

TAOTAUAJER - Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial. Rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini menunjukkan kejadian di jalanraya Rusia di mana sebuah kereta tiba-tiba muncul secara misteri lalu meluncur laju secara terus di persimpangan lampu isyarat yang sibuk.


Apa yang menakjubkan, tidak ada kereta yang terlanggar kereta tersebut sedangkan ia berada di laluan yang salah kecuali sebuah BMW yang hampir merempuhnya namun berhenti tepat pada masa.

Wanita yang merakam iaitu penumpang kereta di belakang BMW tersebut dapat didengar menjerit ketakutan melihat perkara ini.

Walaupun ada yang mendakwa ada penjelasan bagaimana kenderaan dalam rakaman ini tiba-tiba muncul namun ramai juga mengakui terkejut dan berasa seram menyaksikannya lalu berkongsi video ini hingga ia mendapat tontonan lebih sejuta kali.



TAOTAUAJER : Ape pendapat korang? memang kereta tersebut tetiba muncul di hadapan kereta tersebut, mana datang nyer kenderaan tersebut yang muncul secara tiba-tiba itu? Macam teleport jer tetiba jer muncul di tengah-tengah persimpangan tersebut - Koleksi Misteri

TAOTAUAJER - Seorang budak 12 tahun sekolah asas di Amerika Syarikat lidahnya melekat semasa menjilat sebatang tiang. Suhu sejuk di sana mem...

TAOTAUAJER - Seorang budak 12 tahun sekolah asas di Amerika Syarikat lidahnya melekat semasa menjilat sebatang tiang. Suhu sejuk di sana memang membuat semuanya cepat membeku termasuk air liur.


Akhbar the Huffington Post melaporkan, kejadian ini mengingatkan pada filem klasik 1983 berjudul 'Christmas Story' adegan seorang kanak-kanak yang lidahnya elekat di tiang. Budak itu menghabiskan seharian memegang tiang sebelum bantuan datang.

Skuad penyelamat segera bekejar ke Sekolah Asas White Brook di Negara Bahagian Massachusetts dan membantu pelajar itu. Tiang dan lidah kanak-kanak tersebut dititiskan air panas. Perlu beberapa baldi air mendidih yang akan sejuk untuk membebaskan pelajar itu.

Pengetua sekolah bernama David Mottor mengatakan ini adalah kejadian kali kedua selama kerjayanya 20 tahun. Sebelum ini juga ada pelajar yang menjilat tiang pagar. "Saya tidak mengesyorkan lidah menjilat logam apa pun di musim sejuk," ujar dia.

Kanak-kanak tersebut mengatakan dia baik-baik saja namun lidahnya serasa disengat ratusan lebah.

TAOTAUAJER : Pelik-pelik jer... tu la pasal yang gatal sangat nak menjilat di musim sejuk tu ape hal? kan dah melekat.. 


TAOTAUAJER - Kejadian yang pelik dan aneh apabila dikatakan terdapat pokok petai yang menagis di Kelantan. Kejadian yang jarang kali kita d...

TAOTAUAJER - Kejadian yang pelik dan aneh apabila dikatakan terdapat pokok petai yang menagis di Kelantan. Kejadian yang jarang kali kita dengar, benarkah pokok petai boleh mengeluarkan bunyi?


Mengenai kejadian pokok petai menangis di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas telah tersebar luas. Ianya menggemparkan penduduk dikawasan sekitar apabila sebatang pokok petai di daerah berkenaan didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak serta mengeluarkan air seolah-olah air mata. Apakah yang menyebabkan pokok petai tersebut menangis? dari mana datang bunyi nyer?

PASIR MAS - Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu. 

Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.

Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.

“Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.

“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.

Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

“Kejadian pelik itu turut didengari oleh jiran yang tinggal berhampiran dengan pokok berkenaan dan selepas itu perkara tersebut menjadi bualan penduduk kampung sehingga tempat ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.

Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ismail Loman, 58, berkata, tangisan tersebut dapat didengari bermula jam 12 tengah malam dan ke atas.

“Kejadian itu cukup menghairankan penduduk dan ia merupakan kejadian aneh pertama di kampung berkenaan sejak menetap di kawasan itu 13 tahun lalu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan kejadian mendapati terdapat kesan air yang didakwa air dari pokok berkenaan di atas jalan.

Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tersebut secara lebih dekat.

Sementara itu Pengamal Perubatan Islam, Datuk Shamsuri Shafie berkata, kejadian tersebut berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Tobibi berkata, berdasarkan kejadian yang sama pernah berlaku di sini beliau yakin kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut.

“Sepertimana dakwaan yang mengatakan pokok petai itu mengeluarkan air mata, saya berharap orang ramai tidak terpengaruh sehingga terlalu taksub dengan air tersebut.

“Ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Pulau Pinang, dan beberapa tempat di negeri sebelah utara.

Jika dipertimbangkan faktor tiupan angin, pokok-pokok tinggi seperti pokok petai ini biasanya akan mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan jika ditiup oleh angin.

Oleh itu, kemungkinan pokok petai berkenaan yang mengeluarkan bunyian itu ada kaitan dengan faktor alam semula jadi.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.

“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.

Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu.

SUMBER : Sinar Harian

TAOTAUAJER : Biarpun kejadian pelik ini mengundang seribu misteri, namun tiada yang mustahil jika Allah mengizinkannya. Ianya pernah berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. apabila sebatang pokok kurma menangis kerana rindukan Bacaan Zikir yang selalu diucapkan Rasulullah di sisinya. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa 


TAOTAUAJER - Satu fenomena aneh yang menggemparkan berlaku di Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan la...

TAOTAUAJER - Satu fenomena aneh yang menggemparkan berlaku di Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.


Mungkin ramai yang tau dimana kejadian ini pernah berlaku pada tahun 2004 yang menyebabkan bencana alam yang dahsyat berlaku di Acheh. Pada 26 Disember 2004 kejadian ini belaku mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya yang meragut beribu-ribu nyawa di Acheh dan juga tempiasnya ke Malysia. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.


Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Selain daripada itu, apa yang pelik adalah tarikh kejadian ini adalah hampir dengan kejadian yang pernah mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah pada 26 disember 1996 apabila di landa Ribut Greg.




Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.

Fenomena ikan naik darat di Lahad Datu ini juga berkemungkinan terjadi sebab kelmarin ada gempa bimi berskala kecil berlaku di filipina dan laluan pusat gempa tu sejajar arah kinabatangan

SUMBER : Sinarharian ,Carigold

TAOTAUAJER : Bagi yang tidak pernah menyaksikan kejadian ini pasti akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ni kita telah dikejutkan dengan isu salji yang turun di mesir dan pelbagai tanggapan mengenainya telah pun timbu...

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ni kita telah dikejutkan dengan isu salji yang turun di mesir dan pelbagai tanggapan mengenainya telah pun timbul antaranya semakin dekatnya usia bumi ini dengan hari kiamat dan sebagainya. Pada 15 Disember 2013 baru-baru ini pulak vietnam di kejutkan apabila fenomena salji jatuh di utara Vietnam terutamanya di pergunungan Sapa, daerah Lao Cai dan Ha Giang.


Kalau korang nak tau ini bukanlah perkara yang pelik kerana salji pernah dilaporkan turun beberapa kali pada setiap tahun iaitu pada 19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. Terkini pada ahad 15 Disember 2013, salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.







TAOTAUAJER : pada tao semua ini boleh terjadi kerana Allah berkehendak untuk melakukan apa sahaja, mungkin apa yang berlaku di penghujung tahun 2013 ini adalah sebagai peringatan kepada kita semua yang masih lalai dan alpa. Mungkin tak lama lagi Malaysia pun boleh merasai musim salji.. hehe - Koleksi Menarik