Showing posts with label Babi. Show all posts

TAOTAUAJER - Jika sebelum ini, kita dihebohkan dengan isu ikan patin yang diternak di Perak diberi makan bangkai babi, kini timbul pula is...

TAOTAUAJER - Jika sebelum ini, kita dihebohkan dengan isu ikan patin yang diternak di Perak diberi makan bangkai babi, kini timbul pula isu baru iaitu ikan talapia diberi makanan yang sama tetapi kali ini di Bukit Redang Panjang, Ijok Selama, Perak.


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Rebus Tidak Empuk, telah memuat naik dan menangkap gambar terbabit mendakwa objek terapung ditengah-tengah kolam ikan itu adalah bangkai babi.


Diharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan secepat mungkin atas dakwaan yang berat ini. Bagi orang ramai yang was-was, diharap berhenti dari membeli ikan talapia dari kawasan sekitar sehingga pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.
sumber : Siakapkeli

TAOTAUAJER : Omg!!! Memang giller ahh... memang patut pihak berkuasa kena pergi buat siasatan kat tempat nie.. kita pun tak tahu ikan ini semua bakal dijual kat mana dan ikan tersebut tumbesaran hasil dari bangkai babi..euuuwww


TAOTAUAJER - Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi p...

TAOTAUAJER - Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.


Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.

Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.

Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.

Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).

Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam.

sumber : REUTERS / Utusan

 TAOTAUAJER : Alhamdulillah, akhirnya umat islam boleh menarik naafs lega dengan pengenalan kit ‘HalalTest’ yang boleh mengesan UNSUR BABI.


TAOTAUAJER - Pernahkah anda tahu sebab mengapa 'BABI itu HARAM' ? Dari kecik sampai besar kita tahu babi itu haram. Tapi apa sebabn...

TAOTAUAJER - Pernahkah anda tahu sebab mengapa 'BABI itu HARAM' ? Dari kecik sampai besar kita tahu babi itu haram. Tapi apa sebabnya? Disini ada 5 sebab TAO nak kongsikan kenapa daging babi diharamkan kepada umat Islam. Ini berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang ada...iye la...kan sebelum nih kan hangat dengan kes kandungan babi dalam makanan....

Sebab Pertama: haiwan ini jelas telah diharamkan di dalam al Quran pemakanan dagingnya.. walaubagaimanapun diharamkan kepada manusia juga menzalimi haiwan. So jangan anggap bila haiwan tuh haram..kita boleh sekse dia sesuka hati kite je ye...terdapat 4 ayat mengharamkan makan daging babi :

1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan ( Al-Baqarah: 173 ).

2. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah ( al-Maidah:3 ).

3. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( al-An'am:145 ).

4. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( al-nahl:115 )

Ayat-ayat di atas memang jelas mengharamkan makan daging babi…

Sebab Yang Kedua : Babi juga diharamkan makan dalam kitab Bible....bukan al-Quran sahaje Bible pun telah mewartakannya sebagai haiwan yang diharamkan makan dagingnya...Kalau kita buka kitab Bible, rujuk LEVITICUS, Chapter 11: Ayat 7 dan 8 : dia tulis

’And the swine ( pig ), though divides the hoof, having cloven hooves yet does not chew the cud, is unclean to you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch. They unclean to you’.

Sebab Yang Ketiga: Makan daging babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada 70 jenis penyakit sains kalau tak percaya..pergi kat google.com, cari maklumat tentang bahaya daging khinzir nih..nanti kita akan tau...

Sebab Yang Keempat : Tahukah anda bahawa khinzir mempunya muscle yang sedikit walaupun badan dia besar...yang besar itu disebabkan badannye penuh dengan lemak2 yang boleh menyebabkan penyakit serangan jantung dan hypertension....

Sebab Yang Kelima: Haiwan paling pengotor di dunia. letak la tempat bersih macam mana pun dia akan cuma mewujudkan suasana kotor... 

TAOTAUAJER : Nah kau banyak sebab dye, igatkan dalam Al-quran jer ada nyatakan babi nie haram bahkan di dalam kitab bible pun ada menyatakannya. Amacam and baru tahu? Sharekan pada rakan-rakan anda. Yer!