TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir ...

TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir semua kedai handphone di kawasan mereka tidak menjual kad prabayar tambah nilai. Kenapa?


Nak tahu kenapa ? cari jawapannya dari gambar di bawah ini:


Sebelum ini, menteri di jabatan perdana menteri ada mengatakan bahawa harga top up kekal. Namun, lain pula yang berlaku sekarang.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka kepada menteri berkenaan. Apa-apapun, teruskan menikmati hidup anda dan ingatlah ada kuasa di atas dari yang teratas.

TAOTAUAJER - Kepada sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor ...

TAOTAUAJER - Kepada sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor yang boleh dihidupkan kembali dalam filem ini.


Paul Walker yang memegang watak sebagai Brian O’Connor dalam filem Fast & Furious telah meninggal dunia pada akhir tahun 2013 setelah terlibat dalam satu kemalangan maut.

Kematian Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast & Furious 7  masih dalam penggambaran.

Pihak Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari sebuah blog [Disini], untuk menjadikan filem ini “real” dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast & Furious 7 ini.


Proses mengklon watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker digunakan untuk pandangan mata.

Teknologi canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang tepat. Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal.

Untuk penjelasan secara visual anda semua boleh saksikan video dibawah ini...


Penjelasan bagaimana team Furious 7 berjaya "hidupkan" kembali Paul Walker untuk 'One Last Ride'.
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 5 April 2015


TAOTAUAJER - Empat puluh lapan  pengamal kung fu dari Temple yang terkenal di dunia Shaolin China telah diambil bekerja sebagai anggota p...

TAOTAUAJER - Empat puluh lapan  pengamal kung fu dari Temple yang terkenal di dunia Shaolin China telah diambil bekerja sebagai anggota polis khas di Provinsi Guizhou, barat daya China.


Mereka akan mengambil bahagian dalam pertandingan kemahiran ketenteraan dengan menunjukkan seni mempertahankan diri pada bulan Oktober tahun ini. Gambar, diambil pada 30 Mei 2014 menunjukkan pengamal Shaolin Kung Fu bergambar kumpulan memakai pakaian seragam polis selepas mereka telah diambil sebagai khas pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dalam Buyi dan Miao wilayah autonomi Qiannan di wilayah Guizhou di barat daya China.


TAOTAUAJER : WOahh... macam nie memang pencuri teruk la kena belasa dan memang tak boleh lari la , kalau setakat berlawan memang sayur la penjenayah...

TAOTAUAJER - Pemilik Gambar yang menjadi Viral di media sosial merayu pada semua pelayar media sosial supaya memadam gambar IC identiti nya...

TAOTAUAJER - Pemilik Gambar yang menjadi Viral di media sosial merayu pada semua pelayar media sosial supaya memadam gambar IC identiti nya daripada tersebar luas di media sosial.


Wanita yang di kenali dengan nama Puteri Nur iaitu seorang lelaki khunsa membuat satu rakaman video di laman sosial merayu dan terpaksa menangung malu akibat IC disebar Oleh orang yang tidak bertanggung jawab.hafizal 27 tahun memohon kepada pengguna media sosial terutamanya facebook agar tidak menyebarkan IC sebagai kad pengenalannya itu di laman sosial.

menelusuri rekaman video yang dibuatnya hafizal merayu pada semua orang agar tidak menyebarkan kad pengenalannya yang telah menyebabkan beliau menanggung malu serta mencemarkan maruahnya.beliau juga mengatakan bahwa dirinya kehilangan arah sejak gambar dalam kad pengenalannya itu tersebar.


rata-rata individu menaruh rasa simpati terhadap hafizal 27 tahun yang telah menjadi mangsa keadaan oleh orang yang kurang bersimpati di dalam komen video tersebut.

pun begitu tidak kalah jugak ramainya yang tersalah paham dengan video tersebut yang menyebabkan kekecohan pertikaman lidah sehingga terkeluar kata kata kesat.

Beliau merayu mengapa semua orang mengabaikan dirinya disebabkan dirinya, beliau tidak membuat apa-apa kesalahan terhadap sesiapa pun, itu sebab rayuaan dan keluhan dibuat oleh beliau.


tolong jgn sebarkan ic saya...
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 5 April 2015


luahan dalam video :   

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.” ujarnya di dalam rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu.

Beliau turut meminta maaf sekiranya ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak sambil mengesa agar mereka menghentikan perbutaan tersebut.

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat.

“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

TAOTAUAJER - Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II yang bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilio...

TAOTAUAJER - Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II yang bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilion) akan dilengkapi topi keledar terkini berharga AS$400,000 (RM1.46 juta).


Topi keledar baharu itu akan membolehkan juruterbang melihat 360 darjah sekeliling pesawatnya melalui enam kamera inframerah yang dipasang sekitar badan jet pejuang tersebut.

Maklumat lain yang diperlukan untuk sesebuah misi seperti kelajuan, altitud dan sistem-sistem amaran juga akan dipaparkan terus kepada juruterbang melalui topi keledar tersebut.

“Apabila topi keledar itu dilaraskan kepada mata juruterbang, kita seolah-olah masuk ke dalam dunia lain dengan pelbagai maklumat disalurkan secara terus. Anda boleh melihat dunia melalui ‘mata-mata’ pada jet tersebut,” kata juruterbang ujian syarikat Lockhead Martin, Al Norman kepada akhbar Washington Post baru-baru ini.

Syarikat tersebut merupakan kontraktor utama untuk pengeluaran jet pejuang F-35. Pembangunan topi keledar canggih itu menghadapi banyak masalah sebelum ini sementara kos penyelidikannya dilaporkan telah menelan berjuta-juta dolar, lebih daripada peruntukan asal.

Jet pejuang F-35 Lightning II merupakan sistem senjata paling kompleks pernah dihasilkan Lockhead Martin dan akan terus dibangunkan dalam tempoh 50 tahun akan datang dengan anggaran kos AS$1.5 trilion (RM5.49 trilion). 

SAKSIKAN VIDEO INI